I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, 9 December 2011

TIP MENJAWAB
SOALAN PEMAHAMAN PETIKAN UPSR

1.                   Soalan pemahaman petikan hanya menguji aspek pengetahuan tentang teks yang dibaca. Murid membaca dan memahami kandungan teks lalu mencari maklumat yang disoal.

2.                  Baca petikan dengan teliti supaya isi petikan dapat anda fahami.

3.                  Baca soalan-soalan serta pilihan jawapan yang dikemukakan dengan teliti.

4.                  Cari kata kunci soalan kemudian cari maklumat dalam petikan. Seterusnya menanda / menggaris isi dalam teks.

5.                  Garisi jawapan sekiranya jawapan yang dikehendaki itu dapat ditemukan dalam petikan.

6.                  Telitilah jawapan pilihan yang lain juga. Pastikan bahawa jawapan yang anda pilih itu benar-benar menepati kehendak soalan.

7.                  Kata tugas dalam soalan. Kata tugas (jenis-jenis  kata tanya) Membayangkan kerencaman  (kepelbagaian) tugasan dalam buku soalan. Contoh kata tugas:

Bil
Kata Tugas
Respons yang Diharapkan
1
Apakah
Memberikan maklumat yang khusus atau spesifik
2
Siapakah
Mengenal pasti individu dalam konteks tertentu
3
Bilakah
Menyatakan masa atau waktu urutan sesuatu peristiwa
4
Di manakah
Menyatakan tempat, kedudukan atau lokasi sesuatu peristiwa
5
Bagaimanakah
Memperihalkan/ Memberi penerangan tentang cara/ keadaan/ langkah/ kejadian
6
Mengapakah
Memberi sebab
7
Berapakah
Menyatakan kuantiti
8
Manakah
Menyatakan pilihan
9
Tuliskan
Menulis maklumat berdasarkan respons yang diharapkan
10
Nyatakan
Memberi jawapan yang spesifik tanpa memerlukan huraian lanjut/huraian/sokongan
11
Ulaskan
Memberi pandangan/ pendapat/ komen/ kritik
12
Pilih
Membuat pilihan jawapan
13
Isikan
Memasukkan jawapan yang sesuai
14
Bezakan
Menyatakan kelainan / ketidaksamaan antara dua atau lebih perkara
15
Bincangkan
Memberikan penerangan / pandangan daripada pelbagai aspek
16
Catatkan
Merakam sesuatu maklumat




No comments:

Post a Comment