I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday 29 November 2011

              KARANGAN PERIBAHASA
Karangan Jenis Peribahasa

1.Peribahasa merangkumi simpulan bahasa , perumpamaan , pepatah , dan bidalan.

2.Sebelum menulis karangan jenis ini, anda perlu memahami maksud peribahasa itu sejelas-jelasnya.

3.Kalau karangan ini ditulis dalam bentuk cerita, cerita itu hendaklah mempunyai pertalian dengan peribahasa itu. Sebaik-baiknya, cerita mengandungi nilai-nilai murni.

4.Kalau karangan ini ditulis dalam bentuk penerangan,maksud peribahasa itu perlu dihuraikan terlebih dahulu. Kemudian jelaskan fungsi dan kepentingannya di dalam masyarakat.

Biar Lambat Asalkan Selamat

Pengenalan    maksud peribahasa

Perenggan ke-2 -  sesetengah orang tidak sabar dalam sebarang pekerjaan

Perenggan ke -3-contoh seorang pemandu kenderaan pandu laju kerana mahu cepat sampai ke destinasinya
                           
Perenggan ke-4-  berlaku perkara yang tidak diingini
menyesal

Penutup - peribahasa ini merupakan contoh yang baik dalam kehidupan seharian dan sentiasa selamat kalau mengamalkan peribahasa ini


         Peribahasa ‘Biar Lambat Asal Selamat’ membawa maksud sesuatu pekerjaan yang hendak dibuat biarlah dibuat dengan cermat dan berhati-hati supaya pekerjaan itu berhasil dengan baiknya.

         Ada setengah-setengah orang tidak mahu sabar dalam membuat sebarang pekerjaan. Mereka mahu segera menyiapkan pekerjaan itu tanpa menghiraukan akibatnya.

         Sebagai menghuraikan peribahasa di atas , saya akan mengambil contoh seorang pemandu kenderaan. Pemandu itu memandu kenderaannya dengan laju kerana dia ingin segera sampai ke tempat yang hendak ditujunya. Tanpa disedari, perbuatannya itu berbahaya kepada dirinya sendiri dan juga orang lain.
         Sekiranya dalam perjalanan itu, sesuatu perkara yang tidak baik berlaku ke atas dirinya misalnya kemalangan , pemandu itu akan menyesal kerana perbuatannya itu. Ketika itulah dia akan terfikir perkara itu tidak akan terjadi jika dia sabar dan cermat ketika memandu.

         Peribahasa di atas adalah satu contoh yang paling baik dalam kehidupan kita seharian. Orang yang selalu mengamalkan peribahasa ini akan sentiasa selamat dalam setiap pekerjaan yang dilakukannya.

CONTOH 2


Tuliskan sebuah cerita berdasarkan peribahasa , Sedikit-sedikit , lama-lama jadi bukit.

Kisah seorang budak yang sentiasa berjimat cermat  suka menyimpan wang

i.  sejak di bangku sekolah rendah suka menabung sebahagian daripada duit belanja sekolah di dalam tabung di rumah. 


ii.  di sekolah menengah - membuka akaun simpanan di bank dan teruskan amalan menyimpan 


iii.  dapat masuk ke universiti - ibu bapa tidak mampu membayar yuran universiti 

iv.  menggunakan wang simpanan untuk perbelanjaan di universiti - lulus dengan cemerlang 

v.  mendapat pekerjaan yang baik - jawatan tinggi dengan swasta - masih amalkan tabungan

vi.  duit simpanan telah mencapai RM 500,000.00 . Gunakan untuk 
n membeli rumah batu 
n kenderaan 
n hantar ibu bapa menunaikan haji

vii.  hidup senang-lenang hasil daripada berjimat-cermat dan amalan menabung

Tegaskan tajuk peribahasa - betul kata orang , ‘Sedikit-sedikit , lama-lama jadi bukit’. 




Sunday 27 November 2011

KARANGAN JENIS LAPORAN
  

·         Karangan jenis ini menghendaki anda melaporkan sesuatu peristiwa yang didengar atau dilihat.

·         Hendaklah disampaikan dengan tepat dan mudah difahami.

·         Dalam membuat karangan berbentuk laporan , kamu hendaklah menggunakan butir-butir yang munasabah atau lojik.

·         Kamu perlu memastikan jenis laporan, sama ada laporan aktiviti persatuan, perayaan, sambutan, perasmian, atau lawatan ke sesuatu tempat.

·         Untuk laporan aktiviti persatuan sertakan nama ahli jawatankuasa, sejarah penubuhan, jumlah ahli, dan aktiviti sepanjang tahun. Pelapor mesti berjawatan setiausaha.

·         Untuk laporan lawatan pula , tulis apa yang dilihat, dirasa, dan dialami serta kesan lawatan terhadap pembelajaran.

·         Penulisan mengikut perkembangan peristiwa, yang dahulu didahulukan.

·         Gunakan bahasa yang ringkas dan padat

Tajuk Laporan   : Ditulis dengan huruf besar pada setiap awal kata
                               dan digaris.atau ditulis dengan huruf besar semuanya. 
            Tajuk hendaklah ditulis ditengah-tengah.
                               Boleh ditulis dalam dua baris jika tajuk terlalu panjang.

Isi Laporan   :  Bermula dengan pendahuluan dan diakhiri dengan 
                           penutup.

Pengakuan pelapor: Ditulis di sebelah kiri selepas perenggan terakhir.

Tarikh          :  Ditulis di sebelah kanan laporan,setentang dengan
                           pengakuan pelapor.

Tandatangan pelapor :Ditulis di sebelah kiri bahagian bawah selepas 
                                         pengakuan pelapor.

Nama Pelapor         :  Ditulis dengan huruf besar di dalam kurungan selepas
                                      tandatangan.

Jawatan Pelapor   : Ditulis di sudut kiri bahagian bawah laporan dan 
                                   dibubuh tanda koma  di hujungnya .

Seterusnya           :ditulis nama persatuan yang diwakili


    CONTOH KARANGAN
                 LAPORAN HARI SUKAN  
               Sekolah King Edward vii(1)

    Pada cuti sekolah yang lalu,Sekolah King Edward vii(1)telah mengadakan hari sukan tahunan kali-50.Semua murid tahap satu dan tahap dua hadir ke sekolah untuk mengambil bahagian.Hari sukan tersebut telah diadakan di padang sekolah pada pukul 8pagi.  


    Semua tetamu yang dijemput turut hadir untuk menjayakan hari sukan tersebut.Ibubapa juga hadir ke sekolah untuk memberi sokongan kepada anak mereka yang mengambil bahagian.Tujuan hari sukan tersebut diadakan adalah untuk mencungkil bakat murid-murid dalam bidang sukan.Secara tidak langsung,murid-murid akan menjadi olahragawan yang terkenal pada masa akan datang.  


    Tepat jam 8pagi,semua murid berkumpul di dataran kejat mengikut kelas masing-masing untuk mendengar taklimat guru bertugas.Setelah guru bertugas memberi taklimat kepada semua murid,semua murid berbaris ke padang sambil diiringi oleh guru kelas.  


    Semua murid dibahagikan mengikut acara yang dipertandingkan.Antara acara yang dipertandingkan ialah acara tarik tali,larian berpagar,lompat tinggi dan lompat jauh.Semasa acara berlangsung,ibubapa menyokong anak mereka yang sedang mengambil bahagian.  


     Tepat jam 12pagi,semua murid berkumpul untuk menonton acara penyampaian hadiah kepada para pemenang yang mengambil bahagian.Guru besar dijemput untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.Setelah acara penyampaian hadiah tamat,semua murid dan tetamu dijemput menjamu selera yang telah disediakan oleh pihak kantin.  


     Tepat jam ipetang,loceng sekolah berdering menunjukkan waktu balik.Semua murid dan tetamu dibenarkan pulang.Acara tersebut dapat dijalankan dengan jayanya dalam suasana yang meriah.  


Laporan disediakan oleh,                        17 SEPTEMBER 2011  


..........................................
MUHAMMAD NOR ZAID  
Setiausaha PIBG  
SK KING EDWARD










KARANGAN JENIS BERITA

1. Perlu memahami betul-betul kehendak soalan.

2. Berita mesti menjawab soalan Apa ? Siapa ? Bila ? Mengapa ? Di Mana ? dan Bagaimana?

3. Apa ?
menerangkan peristiwa yang berlaku dan menjadi persoalan berita memberi maklumat kepada keseluruhan berita

4. Siapa ?

nama yang terlibat perlu penjelasan lengkap jika perlu sertakan usia pelaku

5. Bila ?

menerangkan masa peristiwa itu berlaku tarikh yang tepat
untuk kejadian jenayah ataupun kemalangan perlu letakkan waktu’

1. Mengapa ?
sebab-sebab peristiwa berlaku
jika sebab-sebab belum diketahui , nyatakan “belum diketahui” atau “pihak polis belum mendapat bukti”

2. Di mana ?
tempat kejadian peristiwa
jika nama tempat kurang diketahui umum sebagai contoh, daerah yang terpencil, letakkan sekali nama negeri

Bagaimana ?
menerangkan cara peristiwa itu berlaku dan urutan perkembangannya.

3. Mulakan penulisan dengan mencatatkan ‘tempat’ (huruf besar) diikuti dengan tarikh peristiwa itu berlaku. 

Contoh : DUNGUN, 28 Julai -

Tulis secara ringkas tentang saripati peristiwa yang berkenaan termasuk tarikh dan masa peristiwa itu berlaku. (Sebaik-baik tulis saripati kepada peristiwa yang berkenaan dalam satu perenggan sahaja.)

4. Pastikan agar pengenalan kamu dapat menarik perhatian pembaca.

5. Gunakan bahasa yang ringkas tetapi padat.

6. Perenggan yang berikutnya ialah tentang huraian-huraian yang lebih ‘panjang-lebar’.

7. Nyatakan bahagian penutup secara ringkas 

CONTOH KARANGAN BERITA

SOALAN;

Sepasukan polis telah berjaya menumpaskan satu sindiket mencuri kereta di Kuala Lumpur. Andaikan bahawa anda seorang pemberita,tuliskan berita tentang kejadian tersebut. Panjang karangan berita anda hendaklah tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

Rangka.

1. PENDAHULUAN:
Sepasukan polis berjaya menumpaskan sindiket mencuri kereta -sekitar bandar raya.

2. ISI
a)  berjaya mengesan beberapa kereta curi-siasatan dibuat beberapa minggu lalu-beberapa orang ditahan.

b)membuat serbuan di sebuah bengkel membaiki kereta - di Jalan Ipoh - lima  orang ditahan -salah seorang ialah pakar mekanik.

c) polis menjumpai kepingan-kepingan pintu kereta -beberapa plat nombor palsu dijumpai di bengkel tersebut.

3.PENUTUP

          seorang lelaki dicari -dapat membantu polis-orang ramai diminta memberikan maklumat tentang lelaki berkenaan.

CONTOH KARANGAN.

KUALA LUMPUR , 24 Mac - Sepasukan polis telah berjaya menumpaskan satu sindiket mencuri kereta di sekitar bandar raya. Pihak polis berjaya mengesan beberapa kereta curi hasil daripada serbuan tersebut.

          Jurucakap polis menyatakan bahawa siasatan mengenai sindiket itu dibuat beberapa minggu yang lalu. Menurut jurucakap itu lagi,beberapa orang telah ditahan untuk siasatan lanjut.

          Hasil daripada maklumat orang ramai,pasukan polis telah membuat serbuan di sebuah bengkel membaiki kereta di Jalan Ipoh. Lima orang ditahan dalam serbuan itu. Seorang daripadanya dipercayai pakar mekanik

          Polis menjumpai kepingan-kepingan pintu yang dicuri .beberapa plat nombor kereta palsu dijumpai juga di bengkel tersebut.

          Sementara itu,gerakan sedang dijalankan oleh polis untuk mencari seorang lelaki yang bernama Mutusamy .Dia dapat membantu polis untuk memusnahkan sindiket tersebut. Orang ramai diminta tampil ke hadapan sekiranya mempunyai maklumat tentang lelaki berkenaan.
                                         KATA PEMERI


Kata pemeri berfungsi untuk menghubungkan  antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam ayat.Kata pemeri juga berfungsi sebagai penegas predikat dalam ayat. Kata pemeri ada dua ,iaitu :

i. Ialah
  -  Hadir di hadapan frasa nama sahaja.
 - Ayat contoh :
    a) Shah Alam ialah ibu negeri Selangor.
    b) antara makanan yang disukainya ialah mi goreng dan nasi dagang.


ii. Adalah
-         Hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi sahaja.
-         Ayat contoh:
      a) Air tebu yang dibeli oleh ayah adalah untuk saya sahaja.
      b) Adik memberitahu bahawa keadaan ayah dan ibu 
          adalah baik.


 KATA NAFI                     


1- Kata nafi berfungsi untuk menafikan sesuatu   
    pernyataan.
2- Ada dua bentuk kata nafi,iaitu:
    a) bukan
    b) tidak

KATA NAFI

PENGGUNAANNYA DAN CONTOH AYAT
Bukan

Disediakan untuk menafikan frasa nama dan frasa sendi.

*Dia bukan orang yang saya cari.
*Buku ini bukan kepunyaan saya.

Tidak

Digunakan untuk menafikan frasa kerja dan frasa adjektif.

*Saya tidak dapat hadir esok.
*Semua murid tidak dibenarkan keluar dari
  kawasan sekolah.









Wednesday 23 November 2011

 PENGGUNAAN BAHASA ISTANA
            Bahasa istana telah digunakan sejak beratus tahun yang lalu. Bahasa ini digunakan dalam kalangan kerabat diraja. Bahasa istana ini digunakan oleh orang-orang istana apabila bercakap tentang hal-ehwal raja. Bahasa istana ini menunjukkan kedudukan raja yang tinggi berbanding dengan rakyat umum.
              Misalnya, pada Zaman Kerajaan Melaka, orang ramai tidak dibenarkan untuk menyebut perkataan ‘derhaka’. Jika ada yang menyebutnya, dikira sebagai satu kesalahan. Orang tersebut boleh dikenakan hukuman yang berat.
             Di Brunei pula, apabila Sultan Hassanal Bolkiah berkata tentang sesuatu kepada rakyatnya, kata-katanya itu disebut sebagai ‘sabdaan’ atau ‘Baginda Sultan telah bersabda’. Hal ini demikian kerana kata-kata Sultan itu dianggap mulia dan bernilai.
            Kini, bahasa istana masih digunakan oleh kerabat di raja. Penggunaan bahasa istana ini terbatas dalam kalangan mereka sahaja. Orang ramai dapat melihat penggunaan bahasa istana ini semasa upacara pertabalan, pengkebumian diraja dan sebagainya. Jika adik-adik berminat untuk mempelajari bahasa istana ini, silalah menonton filem-filem Melayu yang berlatar belakangkan istana dan raja.


CONTOH

1- Santap

Makan atau minum (digunakan oleh raja-raja): 

Baginda telah bersantap bersama-sama gabenor itu. 

menyantap memakan atau me­minum: 
Baginda sedang menyantap  makanan yang disajikan. 

santapan =  makanan atau minuman; 
apa-apa yg disantap.

persantapan  = hidangan makanan atau minuman.

2- Bersemayam


1.duduk di atas takhta atau singgahsana (bkn raja):
Baginda pun ~ di atas singgahsana dihadap oleh segala menteri.

 
2 duduk atau tinggal di (bkn raja-raja); berkediaman di:
Baginda kemudian telah ~ di Riau pula.

3- Iram-iram
Sejenis  payung kuning yang bahagian tepinya berlipat-lipat dan terumbai-umbai (untuk  raja-raja).


4-Kaus

kasut, sepatu:

Contoh ayat :

Kaus ini merupakan hadiah daripada Maharaja India.




NILAI MURNI/AMALAN BAIK
Dalam Penulisan (Bahagian C)

   adil
  amanah
  berterima kasi
  bertimbang rasa                     
  hormat kepada pemimpin.
  bertindak pantas
  berusaha
hormat kepada rakan
cekal
hormat-menghormati
cinta kepada keamanan
ikhlas
cinta kepada negara
jaya diri
dedikasi
jimat
empati
kasih sayang
gigih
keadilan
gotong-royong
kebebasan
hemah tinggi
keberanian
hormat kepada adat resam
kebersihan fizikal
hormat kepada agama
kebersihan mental
hormat kepada guru
kebersihan persekitaran
berbincang terlebih dahulu
baik hati
bercakap benar
membantu
berdikari
belas kasihan
berfikiran terbuka
berani
bertanggungjawab
berhati-hati
berani kerana benar
beringat-ingat
berani mempertahankan pendirian
bermaaf-maafan
bermuafakat
berani
bersabar
beratur / berbaris
bertanggungjawab
bertanya jika tidak tahu
hormat kepada orang tua
hormat kepada ibu bapa
kejujuran
hormat kepada jiran
kerajinan
hormat kepada kepercayaan
kerjasama
hormat kepada ketua
kesederhanaan
kesopanan
mengucapkan tahniah
kesyukuran
mengutamakan keselamatan diri dan orang lain
kunjung-mengunjung
memberi salam
membuat persiapan awal
menjawab salam
membuat pertimbangan
menumpukan perhatian
membuat rujukan
menuntut ilmu
mementingkan masa
menyiasat terlebih dahulu
mempunyai cita-cita
mendoakan kesejahteraan
merendah diri
menepati masa
murah hati
mengakui kesalahan diri
patuh kepada undang -undang
mengambil tahumengenang budi                                                                       
peka terhadap sesuatu
mengeratkan hubungan kekeluargaan     
mengharai perpaduan
persaudaraan
rajin
menghargai jasa
ramah mesra
mengharumkan nama negara
rasional
mengikut peraturan
saksama
saling memahami
sayang
sedar akan kekurangan diri
sedar akan kelebihan diri
sedia memaafkan
semangat bermasyarakat
semangat kejiranan
semangat kesukanan
semangat patriotik
simpati
sopan
taat kepada ibu bapa
tabah
tekun
toleransi
menolong
yakin pada diri sendiri
menziarahi.

CONTOH PENGGUNAAN NILAI MURNI DALAM PENULISAN 
Lihat nilai murni yang terdapat dalam ayat di bawah. Kemudian lihat ayat yang dibina daripada nilai murni tersebut . 


1. Pada waktu rehat, kami beratur untuk membeli makanan di kantin. 
Nilai Murni: mematuhi peraturan. 
Ayat: Kita mestilah mematuhi peraturan walaupun di mana-mana. 

2. Pengawas sibuk menjalankan tugas masing masing. 
Nilai Murni: bertanggungjawab 
Ayat: Kita sepatutnya melaksanakan tugas yang diberikan dengan rasa tanggungjawab. 

3. Seorang pengawas lelaki yang kebetulan berada di situ mendekati budak itu.“Mengapakah adik menangis? “ tanya pengawas itu. 
Nilai Murni: perihatin 
Ayat: Kita seharusnya perihatin dengan keadaan dan masalah yang berlaku di sekeliling kita. 

4. “ Makanan saya terjatuh ke lantai. Seorang murid telah terlanggar saya. Saya sangat lapardan saya tidak ada duit lagi untuk membeli untuk membeli makanan,“ jawab budak itu sambil menangis. 
Nilai Murni: berterus-terang. 
Ayat: Kita dikehendaki berterus-terang tentang masalah yang dihadapi agar pihak-pihak berwajib dapat menghulurkan bantuan. 

5. “Abang ada duit. Abang akan membelikan makanan dan minuman untuk kamu. Mari ikut abang. “ kata pengawas itu. 
Nilai Murni: memberi pertolongan. 
Ayat: Kita sewajarnya memberi pertolongan kepada orang yang memerlukan. 



TEKNIK MENJAWAB BAHAGIAN C: 

1. Baca sekali untuk memahami petikan secara umum. 
2. Baca sekali lagi dan gariskan perkataan atau ayat yang mempunyai nilai murni atau pengajaran. 
3. Senarai semua nilai murni atau pengajaran untuk dibuat ulasan. 
4. Gunakan penanda wacana bagi setiap nilai murni atau pengajaran yang diulas.
5. Pastikan tiada nilai murni atau pengajaran yang diulas berulang-ulang. 
6. Setiap nilai murni atau pengajaran perlu disertai dengan huraian yang baik. 
7. Pastikan tiada kesilapan tatabahasa apabila membina ayat. 
8. Elakkan menggunakan ayat yang terlalu panjang. 
9. Jawapan yang bersifat positif.Mulakan a
yat seperti berikut:
i. Kita mestilah….........................................
ii. Kita sepatutnya…....................................
iii. Kita seharusnya..................................….
iv. Kita dikehendaki….................................
v. Kita sewajarnya .....................................

CONTOH PENULISAN
  1. Nilai murni yang terdapat dalam petikan di atas, antaranya kita mestilah............
  2. Selain itu, kita sepatutnya.................................................................................
  3. Seterusnya, kita seharusnya.............................................................................
  4. Kita juga dikehendaki.....................................................................................
  5. Akhir sekali kita sewajarnya........................................................................... 
Setiap Nilai Murni perlu dihuraikan dalam ayat lengkap. Sebagai contoh, perhatikan rumusan berikut:

         Nilai murni yang dapat diambil dari petikan di atas antaranya, kita mestilah mematuhi peraturan walaupun di mana juapun kita berada.Selain itu kita juga sepatutnya melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab.Seterusnya kita juga seharusnya perihatin dengan keadaan dan masalah yang berlaku di sekeliling kita.Kita juga dikehendaki berterus-terang tentang masalah yang dihadapi agar pihak-pihak berwajib dapat menghulurkan bantuan.Akhir sekali Kita sewajarnya memberi pertolongan kepada orang yang memerlukan.