KARANGAN SURAT KIRIMAN RASMI
1- Tergolong dalam karangan berformat..
2- Surat kiriman rasmi ditulis secara formal kepada pihak tertentu seperti
Jabatan kerajaan atau swasta.
3- Jenis-jenis surat kiriman rasmi ialah:
a) Surat permohonan b) Surat rayuan
c) Surat cadangan d) Surat aduan atau bantahan
e) Surat jemputan rasmi
4- Format surat rasmi (sila rujuk contoh karangan yang disertakan)
5- Penggunaan bahasa dalam surat kiriman rasmi mestilah ringkas,
jelas,tepat,padat, dan terua kepada tujuan menulis surat.
6- Kata panggilan yang sesuai kepada penerima haruslah digunakan
seperti tuan/puan,saudara/saudari,datin, dan sebagainya.
CONTOH KARANGAN SURAT RASMI
Kamu terbaca iklan tentang penerbitan baru beberapa buah buku cerita dalam surat khabar. Tuliskan sepucuk surat kepada pengurus pemasaran untuk memesan buku-buku tersebut.
Contoh Jawapan :
Kampung Kemudi,
23000, Dungun,
Terengganu.
_______________________________________________________
Pengurus Pemasaran,
Penerbitan Sasmurni Sdn. Bhd.,
23 & 24, Jalan Murai,
80400, Johor Bahru. 10 Mac 2011
Tuan,
Memesan Buku
Merujuk kepada perkara di atas, saya Mohd Aikal Bin Asri telah terbaca iklan dalam akhbar tentang beberapa buah buku cerita terbitan syarikat tuan.
2. Sehubungan itu, saya ingin memesan beberapa buah buku cerita tersebut seperti berikut :
Bil. Judul Buku Kuantiti Harga
1. Misteri Rumah Api 1 RM 3.00
2. Misteri Patung Bernyawa 1 RM 4.00
3. Rahsia Kotak Hitam 2 RM 4.00
Jumlah RM 11.00
3. Sehubungan dengan itu, saya sertakan kiriman wang pos bernombor 007 yang bernilai RM 11.00. Saya berharap agar pihak tuan dapat menyegerakan hantaran buku tersebut. Kerjasama daripada pihak tuan amat saya hargai.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
( MOHD AIMIN BIN ASRIL )
No comments:
Post a Comment