I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, 3 December 2011

 KARANGAN CATATAN
PANDUAN UMUM

1- Tergolong dalam karangan berformat.

2- Terbahagi kepada dua bentuk, iaitu catatan harian dan perjalanan 
     atau peristiwa.      

3- Dari segi latar masa,catatan harian ialah catatan dalam sehari dan 
     mesti mempunyai hari,tempoh masa,dan seterusnya susunan 
     waktu kejadian.

4- Bentuk catatan yang lebih dari sehari,mestilah dinyatakan hari,
     bulan,dan tahun. Anda tidak perlu mencatatkan waktu kecuali
     jika berkaitan atau bersesuaian dengan soalan.

5- Isi yang dicatat hendaklah terdiri daripada perkara-perkara yang 
    penting sahaja.

6- Tarikh dan hari ditulis dahulu di atas perenggan peristiwa yang 
     ingin dicatatkan.

7- Dari segi format,anda hendaklah menulis catatan isi dengan 
     melangkau satu baris supaya kemas.

8- Gunakan ayat yang ringkas.



CONTOH KARANGAN
Catatan Lawatan Sambil Belajar Ke Tempat Yang Menarik



8 Ogos 2011

8.00 pagi
Sekolah Kebangsaan Batu Unjur telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur.Lawatan ini disertai 30 orang murid dan 3 orang guru iaitu Cikgu Munira, Cikgu Aine dan Cikgu Abdullahi. Kami bertolak ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas.

9.00 pagi
Kami telah sampai ke destinasi pertama iaitu Kula Lumpur City Center (KLCC).Kami telah pergi ke Petrosains.Ketika kami di petrosains,kami telah melihat benda benda yang menarik dan unik seperti keindahan angkasa lepas dan mengenali jenis jenis dinosour. kami juga berpeluang untuk melihat fosil fosil dinosour yang pupus.Selepas kami pergi ke Petrosains,kaqmi pergi ke Aquaria.Kmi boleh melihat pelbagai jenis ikan seperti ikan jerung, ikan badut,ikan tenggiling dan pelbagai jenis ikan.

12.00 tengah hari.
pada pukul 12.00 tengah hari, kami pergi ke destinasi yang kedua iaitu muzium. kami berpeluang untuk melihat pelbagai jenis barang barang yang lama seperti kenderaan lama, senjata senjata lama dan yang paling menarik ialah replika batu bersurat.

1.00 petang.
pada pukul 1.00 petang, kami makan tengah hari di Zoo Negara. Kami makan tengah hari ditepi tasik yang cukup    indah dan cantik. Selepas kami makan tengah hari,kami meronda Zoo Negara dengan menaiki tren.

3.00 petang

Pada pukul 3.00 petang,kami berpeluang untuk melihat haiwan haiwan membuat pertunjukkan seperti anjing laut yang lucu,burung kakak tua yang pintar berkata kata dan pertunjukkan ular sawa yang menggerunkan.

6.00 petang

Pada pukul 6.00 petang,kami pulang kesekolah dengan menaiki bas. kami berasa sungguh gembira dan seronok. banyak pengalaman yang kami perolehi dari lawatan tersebut.







4 comments: