KATA BANYAK MAKNA Info Kata banyak makna * Kata banyak makna bermaksud perkataan yang mempunyai lebih daripada satu maksud. * Makna perkataan yang berbagai-bagai ini dibezakan dalam konteks ayat yang berlainan.
|
Blog ini saya sajikan untuk semua.Semoga dengan wujudnya bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran di dalam blog ini dapat memberi sedikit panduan yang boleh digunakan khas untuk pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia Tahap Dua. Walaubagaimanapun boleh juga diaplikasikan untuk mata pelajaran lain....Semoga bahan ini boleh membantu....Terima Kasih..
Monday 12 December 2011
TANDA BACA
Tanda baca ialah simbol yang bertindak untuk menunjukkan struktur serta penyusunan penulisan dan biasa juga, untuk intonasi (turun naik nada suara) dan penghentian sebenar ketika membaca dengan suara yang lantang. Beberapa aspek dalam penggunaan tanda baca adalah stilistik dan oleh itu, bergantung kepada pilihan penulis. 1. Tanda baca ialah simbol atau tanda yang digunakan untuk memberri isyarat kepada pembaca supaya melakukan sesuatu dalam bacaan 2. Ia diletakkan di temapt-tempat tertentu dalam ayat berdasarkan tujuan dan kesesuaiannya. 3. Tanda baca utama ialah : Tanda Noktah atau titik ( . ) Tanda koma ( , ) Tanda tanya atau soal ( ? ) Tanda seruan ( ! ) Tanda sempang atau sengkang ( - ) Tanda noktah bertindih ( : ) Tanda pengikat kata atau petik ( “ “ ) |
Tanda Baca | Ayat Contoh |
Tanda noktah . | a. Pengawas itu sedang menaikkan bendera Malaysia. b. kereta itu bukan kereta Proton Saga. c. Kapal itu berlabuh di Pelabuhan. |
Tanda Koma , | a. Setiba di Zoo Negara, ayah pun pergi membeli tiket. b. Selain mengumpulkan setem, lencana, dan daun-daun kering, Amin juga bermain badminton pada waktu lapang. c.Setahun saya, bas itu belum tiba lagi. |
Tanda soal ? | a. Bagimanakah mereka menyelamatkan budak yang hampir mati lemas itu? b. Sudahkah abang kamu menghabiskan kerjanya? c. Siapakah yang menemaninya tadi? |
Tanda seru ! | a. Amboi, wanginya durian-durian ini! b. Aduh, sakitnya gigi saya! c. Cis, biadab betul budak itu! |
Tanda sempang - | a. Sayur-sayuran itu dimasukannya ke dalam bakul. b. Anak Puan Siti pandai-pandai belaka. c. Pakaian pengemis compang-compang. |
Tanda petik ' ' | a."Cikgu Tan akan bersara pada bulan depan, " kata guru besar. b. Wai Seng bertanya, "Bolehkah saya pinjam buku ini?" c. "Baiklah, cikgu," kata Ahmad. |
Huruf Besar | a. Orang tua itu tinggal di Taman Indah, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. b. Pen Parker ini dibelinya dari Kedai Jam Tangan Megahpada bulan Ogos yang lalu. c. Dewan Pelajar merupakan majalah yang sangat sesuai bagi kanak-kanak. |
LATIHAN 1 Pilih jawapan yang paling sesuai. 1.(A) Saya lebih suka membaca, (B) Saya lebih suka membaca: (C) Saya lebih suka membaca. (D) Saya lebih suka membaca? 2.(A) Kata Kakak,"Jangan usik adikmu." (B) Kata kakak,"Jangan usik adikmu." (C) Kata kakak."Jangan usik adikmu." (D) Kata kakak:"Jangan usik adikmu." 3.(A) Ceh!orang yang tidak tahu malu, (B) Ceh,orang yang tidak tahu malu. (C) Ceh,orang yang tidak tahu malu? (D) Ceh,Orang yang tidak tahu malu! 4.(A) Encik Lim sekaya Encik Lee. (B) Encik lim sekaya Encik lee. (C) Encik Lim sekaya encik Lee. (D) Encik Lim sekaya Encik Lee! 5.(A) "Mengapakah kamu menangis:" tanya Ali kepada adiknya. (B) "Mengapakah kamu menangis," Tanya Ali kepada adiknya. (C) "Mengapakah kamu menangis?" tanya Ali kepada adiknya. (D) "Mengapakah kamu menangis." tanya Ali kepada adiknya. 6.(A) Keempat-empat anak Hashim masih bersekolah. (B) Keempat empat anak Hashim, masih bersekolah. (C) Keempat-empat anak Hashim, masih bersekolah. (D) Keempat-empat anak hashim masih bersekolah? 7.(A) Malaysia mengeksport kayu kayan seperti kayu meranti, cengal, dan merbau ke luar negeri. (B) Malaysia mengeksport kayu-kayan seperti, kayu meranti, cengal, dan merbau ke luar negeri. (C) Malaysia mengeksport kayu kayan seperti kayu Meranti, Cengal dan Merbau ke luar negeri. (D) Malaysia mengeksport kayu-kayan seperti kayu meranti, cengal dan merbau ke luar negeri. 8.(A) Pada hemat saya buku pedoman bahasa ini bermutu tinggi. (B) Pada hemat saya, Buku Pedoman Bahasa ini bermutu tinggi. (C) Pada hemat saya, buku pedoman bahasa ini bermutu tinggi. (D) Pada hemat saya; buku pedoman bahasa ini bermutu tinggi. 9.(A) Mary dan adiknya bekerja di Bank rakyat. (B) Mary dan adiknya bekerja di Bank Rakyat. (C) Mary dan adiknya bekerja di bank rakyat. (D) Mary dan Adiknya bekerja di Bank Rakyat. 10.(A) tolong, tolong, jerit budak itu. (B) "tolong, tolong,"jerit budak itu. (C) "Tolong, tolong,"jerit budak itu. (D) "Tolong! Tolong!"jerit budak itu. |
LATIHAN 2 1.(A)"Adakah ini pen saya."tanyanya. (B)"Adakah ini pen saya,"tanyanya. (C)"Adakah ini pen saya?"tanyanya. (D)"Adakah ini pen saya!"tanyanya. 2.(A)Balai Polis itu terletak di Nombor Jalan Sentosa. (B)Balai Polis itu terletak di nombor Jalan Sentosa. (C)Balai Polis itu terletak di Nombor Jalan Sentosa (D)Balai polis itu terletak di Nombor Jalan Sentosa. 3.(A)"Amboi, cantiknya gambar ini!" (B)Amboi! cantiknya gambar ini. (C)Amboi! cantiknya gambar ini! (D)Amboi, cantiknya gambar ini? 4.(A)Malik bertanya kepada Halim, "Bilakah kamu akan pergi ke Melaka?" (B)Malik bertanya kepada Halim "Bilakah kamu akan pergi ke Melaka?" (C)Malik bertanya kepada Halim: "Bilakah kamu akan pergi ke Melaka?" (D)Malik bertanya kepada Halim, "bilakah kamu akan pergi ke Melaka?" 5.(A)si puteh ialah kucing kesayangan aini. (B)Si puteh ialah kucing kesayangan Aini. (C)Si puteh ialah kucing kesayangan aini. (D)Si Puteh ialah kucing kesayangan Aini. 6.(A)Muthu dan samy akan menduduki peperiksaan PMR. (B)Muthu dan Samy akan menduduki peperiksaan PMR. (C)Muthu dan Samy akan menduduki Peperiksaan PMR. (D)muthu dan Samy akan menduduki Peperiksaan PMR. 7.(A)Marina, anak perempuan Pak Busu ialah gadis yang baik hati dan bersopan-santun. (B)Marina anak perempuan, Pak Busu ialah gadis yang baik hati dan bersopan santun. (C)Marina, anak perempuan Pak Busu, ialah gadis yang baik hati dan bersopan-santun. (D)Marina anak perempuan Pak Busu ialah gadis yang baik hati, dan bersopan-santun. 8.(A)Hari hampir senja, ayah masih juga belum pulang? (B)Hari hampir senja. Ayah masih juga belum pulang. (C)Hari hampir senja, ayah masih juga belum pulang. (D)Hari hampir senja; ayah masih juga belum pulang. 9.(A)komtar ialah bangunan yang tertinggi di malaysia. (B)Komtar, ialah bangunan yang tertinggi di Malaysia. (C)Komtar ialah bangunan yang tertinggi di Malaysia. (D)Komtar- ialah bangunan yang tertinggi di Malaysia. 10.(A)Penjahat itu sudah dihukum, bukan. (B)Penjahat itu sudah dihukum, bukan? (C)Penjahat itu sudah dihukum bukan. (D)Penjahat itu sudah dihukum bukan? |
Friday 9 December 2011
BAHASA MALAYSIA UJIAN PEMAHAMAN SET 2 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Haikal, John dan Leong bersahabat baik semenjak kecil lagi. Mereka hidup sekampung dan bersekolah di sekolah yang sama. Ketiga-tiganya murid Tahun Enam. Mereka sentiasa berlumba-lumba dalam pelajaran. Masing-masing ingin menduduki tempat teratas dalam kelas. Dalam Peperiksaan Percubaan UPSR tempoh hari, ketiga-tiganya mendapat 4A. Di dalam kelas mereka, John muncul pelajar terbaik bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, manakala Leong mendapat markah tertinggi bagi Bahasa Inggeris. Haikal pula mendapat 100 peratus dalam Matematik. Guru kelas mereka sungguh bangga dengan pencapaian ketiga -tiga muridnya yang juga menjadi anak emas sekolah mereka itu. Walaupun mereka saling berlumba dalam pelajaran, mereka tidak bermusuhan antara satu sama lain. Malah, mereka saling membantu dalam menghadapi apa juga keadaan. Mereka belajar bersama-sama, bermain bersama-sama dan jika timbul masalah, mereka akan cuba menyelesaikannya secara muafakat. Di kampung, mereka terkenal sebagai budak-budak yang ringan tulang. Orang kampung juga sangat suka kepada mereka kerana mereka juga ringan mulut. Mereka rajin menolong ibu bapa dan juga sentiasa bersedia membantu orang kampung. Apabila berselisih dengan orang lain, mereka tidak pernah masam muka, sebaliknya menegur orang itu dengan ramah. 1- Perkataan 'berlumba-lumba' dalam petikan di atas bermaksud A-berlawan B-bersaing C-beriringan D- berkejar-kejaran 2- Antara berikut, manakah pernyataan yang salah? A-Haikal mendapat markah penuh dalam Matematik. B-John mendapat markah tertinggi dalam Bahasa Melayu. C-Leong mendapat markah penuh dalam Bahasa Inggeris D-Haikal, John dan Leong mendapat 4A dalam peperiksaan percubaan UPSR sekolah mereka. 3- Semua perkara di bawah dilakukan oleh tiga sahabat itu bersama -sama, kecuali A-bermain B- belajar C-menolong ibu bapa D-menyelesaikan masalah 14 Semua simpulan bahasa yang terdapat dalam petikan di atas membawa maksud yang baik, kecuali A-anak emas B-ringan tulang C-ringan mulut D-masam muka 5- Apakah tajuk yang paling sesuai bagi petikan tersebut? A- Bakal Pelajar Terbaik UPSR B-Sikap Yang Harus Diteladani C-ringan mulut D-Pelajar Pintar Sentiasa Berlumba-lumba |
BAHASA MALAYSIA UJIAN PEMAHAMAN SET 1 Soalan 1 hingga Soalan 5 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya Gopal : Eh, awak ingat lagi tak tentang berita manusia ditelan ular sawa tempoh hari! Samat : Mestilah Sampai sekarang saya masih terbayang-bayang gambar yang tersiar dalam akhbar tu. Eee............ngerinya! Chan : Tapi yang peliknya, lepas kejadian tu tak putus -putus keluar cerita tentang ular sawa dalam akhbar. Ular sawa telan ayamlah, telan kambinglah, dan macam -macam lagi Samat : Apa yang peliknya, Chan Memanglah berita sensasi macam tu disukai oleh orang ramai Jadi wartawan pun jalankanlah tugas mereka untuk mencari cerita -cerita sedemikian! Gopal : Agaknya tak lama lagi ada pula berita tentang ular sawa telan gajah. Haa. masa tu barulah heboh satu dunia! Adakah awak tahu ular sawa merupakan sejenis haiwan yang dilindungi? Samat : Tahu. baru semalam Cikgu Lina beritahu. Gopal : Yalah, selama ni saya tak tahu pun yang kita boleh didakwa jika mencedera atau membunuh ular. Chan : Hukumannya berat juga Kita boleh kena denda hingga RM3 000 atau penjara! Samat : Dan boleh juga dikenakan kedua-duanya sekali! Gopal : Kalau macam tu, bila jumpa ular sawa cepat -cepatlah lari Jangan cuba-cuba nak pukul atau bunuh! Chan : Kenapa? Kamu takut ke? Samat : Awak ni tak faham ke, Chan? Nanti terlepas masuk mulut ular sawa, awak kena masuk penjara pula! 1. Apakah maksud kata-kata Samat, 'Eee....ngerinya' dalam petikan di atas? A-Bayang-bayang ular sawa menelan manusia B-Dia terbayang kenangan ular sawa menelan manusia C-Gambar ular sawa menelan manusia yang tersiar dalam akhbar D-Kejadian ular sawa menelan manusia yang dilihat oleh Gopal. 2. Perkataan 'sensasi' dalam petikan di atas sesuai digantikan dengan perkataan A-menakutkan B-menggemparkan C-menghairankan D-menyeronokkan 3. Semua berita berikut telah tersiar dalam akhbar kecuali A-ular sawa menelan gajah B- ular sawa menelan kambing C-ular sawa menelan ayam D-ular sawa menelan manusia 4 Apakah hukuman yang paling berat boleh dikenakan terhadap orang yang bersalah kerana mencedera atau membunuh ular sawa? A-Denda sehingga RM3 000 B-Dikenakan hukuman penjara. C-Dihukum penjara dan denda RM3 000 D-Denda RM3 000 atau dihukum penjara 5 Ular sawa tidak boleh dipukul atau dibunuh kerana A-hukumannya sangat berat. B-ia merupakan sejenis binatang yang dilindungi. C- kita hanya boleh lari apabila terjumpa ular sawa. D-kita boleh dihukum penjara. |
Subscribe to:
Posts (Atom)