BAHASA MALAYSIA (BAHAGIAN PEMAHAMAN) Calon hanya perlu menjawab 10 soalan dalam bahagian pemahaman. Namun begitu, setiap soalan berkait rapat dengan petikan yang disediakan. Antara langkah yang perlu dilakukan sewaktu menjawab soalan petikan ialah: A. Baca dan faham Calon perlu membaca petikan dan memahaminya terlebih dulu. Selepas itu barulah membaca soalan dan memahami pilihan jawapan yang disediakan. Jangan menjawab soalan tanpa membaca petikan terlebih dulu. Contoh soalan: Sebelum menghilang, lelaki itu berpesan seandainya mereka berjaya menangkap ikan di kawasan tersebut hendaklah dilepaskan semula beberapa ekor sebagai tanda menghormati. Apakah pesanan terakhir lelaki tersebut? A Jangan menangkap ikan di kawasan tersebut. B Beberapa ekor ikan perlu dilepaskan selepas memancing. C Memancing akan menyebabkan dia diserang penyakit misteri. D Di dalam kawasan tersebut ada beberapa ekor ikan yang boleh ghaib. B. Cari pembayang jawapan Biasanya klu atau pembayang jawapan ada dalam petikan. Calon perlu menggariskan klu tersebut. Sebelum menghilang, lelaki itu berpesan seandainya mereka berjaya menangkap ikan di kawasan tersebut hendaklah dilepaskan semula beberapa ekor sebagai tanda menghormati. C. Penyesuaian Sesuaikan pembayang yang ditanda atau digariskan dengan pilihan jawapan diberikan. Apakah pesanan terakhir lelaki tersebut? (soalan) ... lelaki itu berpesan seandainya mereka berjaya menangkap ikan di kawasan tersebut hendaklah dilepaskan semula (pembayang) D. Memilih Jika calon sudah jumpa pilihan jawapan yang sesuai dengan pembayang ditanda atau digariskan, pilihlah jawapan tersebut mengikut kehendak soalan. Jangan sesekali memilih jawapan yang tidak ada pembayangnya dalam petikan. Apakah pesanan terakhir lelaki tersebut? A Jangan menangkap ikan di kawasan tersebut. B Beberapa ekor ikan perlu dilepaskan selepas memancing. (JAWAPAN) C Memancing akan menyebabkan dia diserang penyakit misteri. D Di dalam kawasan tersebut ada beberapa ekor ikan yang boleh ghaib. Langkah di atas perlu dilakukan dengan penuh teliti. Namun begitu beberapa kelemahan perlulah diatasi agar calon tidak melakukan kesilapan merugikan. Antara kelemahan tersebut ialah: i. Tidak membaca arahan untuk setiap soalan. ii. Menjawab soalan dengan tergesa-gesa. iii. Kurang memberi tumpuan kepada kata kunci pada setiap soalan. iv. Membuang masa dengan soalan yang susah. v. Tersalah menanda jawapan yang sepatutnya pada kertas jawapan. vi. Menghabiskan masa terlalu lama membaca petikan. vii. Tidak memadam jawapan yang salah dengan bersih pada kertas OMR. |
Blog ini saya sajikan untuk semua.Semoga dengan wujudnya bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran di dalam blog ini dapat memberi sedikit panduan yang boleh digunakan khas untuk pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia Tahap Dua. Walaubagaimanapun boleh juga diaplikasikan untuk mata pelajaran lain....Semoga bahan ini boleh membantu....Terima Kasih..
Friday, 9 December 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment