I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, 1 December 2011

KARANGAN SYARAHAN
1-Teliti kehendak soalan sama ada memerlukan kamu
    menulis karangan syarahan berbentuk pertandingan
    atau bukan pertandingan.
2-Format isi syarahan terbahagi kepada tiga bahagian
    iaitu:
   a) Pendahuluan dengan kata alu-aluan yang sesuai
       dengan hadirin.
   b) Isi-isi syarahan mestilah bernas dan berkaitan 
       dengan tajuk. Dahulukan isi penting dan 
       diikuti isi  kurang penting. Hujahan hendaklah 
       bernas.
   c)Penutup syarahan diakhiri dengan penghargaan,
      penegasan,ucapan salam,
      dan terima kasih.

3- Masukkan analogi atau peribahasa   
    supaya hujah anda menjadi lebih
    menarik.
CONTOH KARANGAN SYARAHAN

Faedah Membaca


Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Tuan Guru Besar, guru-guru, rakan-rakan dan hadirin sekalian. Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
        Tajuk syarahan saya ialah ‘ Kepentingan Membaca’. Membaca adalah satu amalan yang mulia. Membaca boleh memberi manfaat kepada kita semua.


Hadirin yang dihormati,
          Melalui pembacaan, kita dapat mengetahui pelbagai perkara. Contohnya melalui surat khabar. Akhbar merupakan sumber maklumat dan menyiarkan pelbagai peristiwa yang berlaku di seluruh dunia.

Rakan-rakan sekalian, 

        Dengan membaca kita dapat mengisi masa lapang. Jika kita menjadikan sifat membaca sebagai amalan, sudah tentu masa kita tidak terbuang begitu sahaja. Oleh itu, kita boleh mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah seperti berbual-bual kosong , melepak di pasar raya dan sebagainya.

          Di samping itu, dengan membaca, kita  boleh membaiki penguasaan bahasa kita. Melaluinya kita boleh menambah perbendaharaan kata.Justeru kita juga dapat mengetahui perkataan baru.

          Oleh itu, kita mestilah menjadikan tabiat suka membaca sebagai amalan hidup. Manusia yang suka membaca adalah manusia yang mempunyai banyak ilmu.

          Sekian , saya sudahi syarahan saya dengan ucapan terima kasih.





      
  

No comments:

Post a Comment