BAHASA MALAYSIA UJIAN PEMAHAMAN SET 2 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Haikal, John dan Leong bersahabat baik semenjak kecil lagi. Mereka hidup sekampung dan bersekolah di sekolah yang sama. Ketiga-tiganya murid Tahun Enam. Mereka sentiasa berlumba-lumba dalam pelajaran. Masing-masing ingin menduduki tempat teratas dalam kelas. Dalam Peperiksaan Percubaan UPSR tempoh hari, ketiga-tiganya mendapat 4A. Di dalam kelas mereka, John muncul pelajar terbaik bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, manakala Leong mendapat markah tertinggi bagi Bahasa Inggeris. Haikal pula mendapat 100 peratus dalam Matematik. Guru kelas mereka sungguh bangga dengan pencapaian ketiga -tiga muridnya yang juga menjadi anak emas sekolah mereka itu. Walaupun mereka saling berlumba dalam pelajaran, mereka tidak bermusuhan antara satu sama lain. Malah, mereka saling membantu dalam menghadapi apa juga keadaan. Mereka belajar bersama-sama, bermain bersama-sama dan jika timbul masalah, mereka akan cuba menyelesaikannya secara muafakat. Di kampung, mereka terkenal sebagai budak-budak yang ringan tulang. Orang kampung juga sangat suka kepada mereka kerana mereka juga ringan mulut. Mereka rajin menolong ibu bapa dan juga sentiasa bersedia membantu orang kampung. Apabila berselisih dengan orang lain, mereka tidak pernah masam muka, sebaliknya menegur orang itu dengan ramah. 1- Perkataan 'berlumba-lumba' dalam petikan di atas bermaksud A-berlawan B-bersaing C-beriringan D- berkejar-kejaran 2- Antara berikut, manakah pernyataan yang salah? A-Haikal mendapat markah penuh dalam Matematik. B-John mendapat markah tertinggi dalam Bahasa Melayu. C-Leong mendapat markah penuh dalam Bahasa Inggeris D-Haikal, John dan Leong mendapat 4A dalam peperiksaan percubaan UPSR sekolah mereka. 3- Semua perkara di bawah dilakukan oleh tiga sahabat itu bersama -sama, kecuali A-bermain B- belajar C-menolong ibu bapa D-menyelesaikan masalah 14 Semua simpulan bahasa yang terdapat dalam petikan di atas membawa maksud yang baik, kecuali A-anak emas B-ringan tulang C-ringan mulut D-masam muka 5- Apakah tajuk yang paling sesuai bagi petikan tersebut? A- Bakal Pelajar Terbaik UPSR B-Sikap Yang Harus Diteladani C-ringan mulut D-Pelajar Pintar Sentiasa Berlumba-lumba |
Blog ini saya sajikan untuk semua.Semoga dengan wujudnya bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran di dalam blog ini dapat memberi sedikit panduan yang boleh digunakan khas untuk pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia Tahap Dua. Walaubagaimanapun boleh juga diaplikasikan untuk mata pelajaran lain....Semoga bahan ini boleh membantu....Terima Kasih..
Friday, 9 December 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment