I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, 9 December 2011

BAHASA MALAYSIA
UJIAN PEMAHAMAN SET 1
Soalan 1 hingga Soalan 5
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya

Gopal : Eh, awak ingat lagi tak tentang berita manusia ditelan
              ular sawa  tempoh hari!
Samat : Mestilah Sampai sekarang saya masih terbayang-bayang 
               gambar yang tersiar dalam akhbar tu. Eee............ngerinya!
Chan   : Tapi yang peliknya, lepas kejadian tu tak putus -putus 
               keluar  cerita tentang ular sawa dalam akhbar. Ular sawa 
               telan ayamlah, telan kambinglah, dan macam -macam 
               lagi
Samat :  Apa yang peliknya, Chan Memanglah berita sensasi
               macam tu disukai oleh orang ramai Jadi wartawan
               pun jalankanlah tugas mereka untuk mencari 
               cerita -cerita sedemikian!
Gopal  : Agaknya tak lama lagi ada pula berita tentang ular sawa
              telan gajah. Haa. masa tu barulah heboh satu dunia! 
               Adakah awak tahu ular sawa merupakan sejenis haiwan 
               yang dilindungi?
Samat  : Tahu. baru semalam Cikgu Lina beritahu.
Gopal   : Yalah, selama ni saya tak tahu pun yang kita boleh
               didakwa jika mencedera atau membunuh ular.
Chan    : Hukumannya berat juga Kita boleh kena denda hingga 
                RM3 000 atau penjara!
Samat  : Dan boleh juga dikenakan kedua-duanya sekali!
Gopal   : Kalau macam tu, bila jumpa ular sawa cepat -cepatlah 
                lari Jangan cuba-cuba nak pukul atau bunuh!
Chan     : Kenapa? Kamu takut ke?
Samat   : Awak ni tak faham ke, Chan? Nanti terlepas masuk 
                 mulut ular sawa, awak kena masuk penjara pula!

1. Apakah maksud kata-kata Samat, 'Eee....ngerinya' dalam petikan 
    di atas?

  A-Bayang-bayang ular sawa menelan manusia
  B-Dia terbayang kenangan ular sawa menelan manusia
  C-Gambar ular sawa menelan manusia yang tersiar dalam akhbar
  D-Kejadian ular sawa menelan manusia yang dilihat oleh Gopal.

2. Perkataan 'sensasi' dalam petikan di atas sesuai digantikan 
   dengan perkataan
  A-menakutkan
  B-menggemparkan
  C-menghairankan
  D-menyeronokkan

3. Semua berita berikut telah tersiar dalam akhbar kecuali
  A-ular sawa menelan gajah
  B- ular sawa menelan kambing
  C-ular sawa menelan ayam
  D-ular sawa menelan manusia

4 Apakah hukuman yang paling berat boleh dikenakan terhadap 
   orang yang bersalah kerana mencedera atau membunuh ular sawa?
  A-Denda sehingga RM3 000
  B-Dikenakan hukuman penjara.
 C-Dihukum penjara dan denda RM3 000  
 D-Denda RM3 000 atau dihukum penjara


5 Ular sawa tidak boleh dipukul atau dibunuh kerana
  A-hukumannya sangat berat.
  B-ia merupakan sejenis binatang yang dilindungi.
  C- kita hanya boleh lari apabila terjumpa ular sawa.
  D-kita boleh dihukum penjara.


No comments:

Post a Comment