I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, 3 December 2011

KARANGAN DIALOG
PANDUAN UMUM
1- Tergolong dalam karangan berformat.

2- Dialog atau perbualan boleh dibahagikan kepada dua , iaitu:

     ( i ) perbualan melalui telefon.
     ( ii )perbualan biasa.

3-Walaupun berbentukperbualan biasa tetapi mempunyai tajuk.

4-Biasanya mempunyai dua orang penutur yang berbual tentang tajuk
    yang disediakan.

5-Kedua-dua pihak mesti saling bertanya dan memberikan pandangan 
    atau pendapa masing-masing berhubung dengan tajuk.

6-Kata singkatan boleh digunakan sepertitak,nak,tapi,dan sebagainya.
   Gunakan panggilan yang bersesuaian dengan status watak yang 
    terlibat dalam perbualan seperti tuan,puan,pak cik, dan mak cik.

7-Gunakan bahasa yang mudah ,tepat, dan bersesuaian dengan topik 
    yang diberikan .Kata-  kata dan ayat-ayat  yang digunakan haruslah 
    ringkas dan menyokong tajuk.

8-Akhiri dialog dengan ucapan yang sesuai. Contohnya terima kasih,
    hingga berjumpa lagi, dan sebagainya.

9-Penulisan dialog hendaklah mengikut format yang telah ditetapkan. 
   Markah akan ditolak  sekiranya tidak mengikut format.

10- Format penulisan dialog :
     
Manesha    :
Perenggan pendahuluan (memperkenalkan diri)
Tasnim       :
Soalan
Manesha    :
Jawapan
Tasnim       :
Soalan
Manisha     :
Jawapan
Tasnim       :
Soalan
Manisha     :
Jawapan
Tasnim       :
Perenggan penutup. Ucapan terima kasih




CONTOH KARANGAN

TAJUK
Andaikan bahawa anda menyertai pertandingan syarahan.Dalam pertandingan itu anda telah mendapat  tempat kedua.Anda telah dikalahkan oleh peserta bukan melayu.Anda ingin mengucapkan tahniah dan  menyatakan perasaan kagum anda akan kebolehannya.Tulislah dialog anda selengkapnya.

RANGKA.
PENDAHULUAN - mengucapkan tahniah

ISI
a)  Siva berharap agar kejayaannya memberi semangat kepada pelajar bukan melayu
     yang lain untuk mempelajari bahasa melayu.
b) menyatakan perasaan kagum -bertanya tentang cara dia mempelajari bahasa melayu
c) Siva menyatakan cara dia mempelajari bahasa melayu.

PENUTUP
Siva memberikan dorongan agar sama-sama menguasai bahasa kebangsaan.


( Siva sedang asyik membaca sebuah buku cerita di perpustakaan sekolah )

Azman :  Tahniah,Siva,kerana kamu berjaya dalam pertandingan syarahan itu.

Siva      :  Terima kasih.Saya berharap supaya kejayaan ini akan menaikkan
                semangat pelajar –pelajar bukan Melayu yang lain untuk mempelajari
                Bahasa Melayu.

Azman :  Saya kagum melihat kamu bersyarah pada hari ini.Setiap perkataan yang
               awak  ucapkan jelas dan lancar.Bagaimanakah  cara kamu mempelajari
               bahasa melayu ?

Siva      :  Keluarga saya menggalakkan saya membaca buku -buku bahasa melayu
               yang bermutu .Di   samping itu,saya mempelajari  tatabahasa dengan baik.
               Saya selalu membuka kamus  untuk  mempelajari ejaan dan makna
               kata-kata yang saya baca. Saya melatih diri saya menggunakan bahasa baku
               apabila membaca atau bercakap.

Azman :  Kalau begitu ,tidak hairanlah saya apabila kamu berjaya mengalahkan
              saya dan beberapa pelajar  Melayu yang lain dalam pertandingan itu.
              Saya malu,Siva.

Siva      :  Mengapa ?

Azman :  Selama ini saya menganggap Bahasa Melayu sebagai bahasa yang
              mudah kerana itu  adalah  bahasa ibunda saya.Rupa-rupanya saya silap.

Siva      :  Baguslah,Azman,kalau kamu sudah sedar.Sama-samalah kita belajar
               menguasai bahasa  kebangsaan negara kita.

Azman :  Ya,baiklah ,Siva... 




No comments:

Post a Comment