I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, 21 November 2011

Perbezaan perkataan

Pedalaman dan Pendalaman

Ramai yang keliru penggunaan  perkataan pedalaman dan pendalaman.

1-Pedalaman

Daerah yang jauh dari pantai (yang terletak di ceruk pelosok atau di hulu negeri), hulu: 
Contoh ayat :             foto :didiz

1.Beliau menjadi orang yang paling berpe­ngaruh di  daerah pedalaman.

2.Penjahat-penjahat sedang bersembunyi di daerah pedalaman.

2-Pendalaman

Perihal mendalamkan, tindak­an (proses dan lain-lain) mendalamkan.

                                   

Contoh ayat :                    

Kerja pendalaman sungai yang cetek itu giat dijalankan.

No comments:

Post a Comment