I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, 29 November 2011

              KARANGAN PERIBAHASA
Karangan Jenis Peribahasa

1.Peribahasa merangkumi simpulan bahasa , perumpamaan , pepatah , dan bidalan.

2.Sebelum menulis karangan jenis ini, anda perlu memahami maksud peribahasa itu sejelas-jelasnya.

3.Kalau karangan ini ditulis dalam bentuk cerita, cerita itu hendaklah mempunyai pertalian dengan peribahasa itu. Sebaik-baiknya, cerita mengandungi nilai-nilai murni.

4.Kalau karangan ini ditulis dalam bentuk penerangan,maksud peribahasa itu perlu dihuraikan terlebih dahulu. Kemudian jelaskan fungsi dan kepentingannya di dalam masyarakat.

Biar Lambat Asalkan Selamat

Pengenalan    maksud peribahasa

Perenggan ke-2 -  sesetengah orang tidak sabar dalam sebarang pekerjaan

Perenggan ke -3-contoh seorang pemandu kenderaan pandu laju kerana mahu cepat sampai ke destinasinya
                           
Perenggan ke-4-  berlaku perkara yang tidak diingini
menyesal

Penutup - peribahasa ini merupakan contoh yang baik dalam kehidupan seharian dan sentiasa selamat kalau mengamalkan peribahasa ini


         Peribahasa ‘Biar Lambat Asal Selamat’ membawa maksud sesuatu pekerjaan yang hendak dibuat biarlah dibuat dengan cermat dan berhati-hati supaya pekerjaan itu berhasil dengan baiknya.

         Ada setengah-setengah orang tidak mahu sabar dalam membuat sebarang pekerjaan. Mereka mahu segera menyiapkan pekerjaan itu tanpa menghiraukan akibatnya.

         Sebagai menghuraikan peribahasa di atas , saya akan mengambil contoh seorang pemandu kenderaan. Pemandu itu memandu kenderaannya dengan laju kerana dia ingin segera sampai ke tempat yang hendak ditujunya. Tanpa disedari, perbuatannya itu berbahaya kepada dirinya sendiri dan juga orang lain.
         Sekiranya dalam perjalanan itu, sesuatu perkara yang tidak baik berlaku ke atas dirinya misalnya kemalangan , pemandu itu akan menyesal kerana perbuatannya itu. Ketika itulah dia akan terfikir perkara itu tidak akan terjadi jika dia sabar dan cermat ketika memandu.

         Peribahasa di atas adalah satu contoh yang paling baik dalam kehidupan kita seharian. Orang yang selalu mengamalkan peribahasa ini akan sentiasa selamat dalam setiap pekerjaan yang dilakukannya.

CONTOH 2


Tuliskan sebuah cerita berdasarkan peribahasa , Sedikit-sedikit , lama-lama jadi bukit.

Kisah seorang budak yang sentiasa berjimat cermat  suka menyimpan wang

i.  sejak di bangku sekolah rendah suka menabung sebahagian daripada duit belanja sekolah di dalam tabung di rumah. 


ii.  di sekolah menengah - membuka akaun simpanan di bank dan teruskan amalan menyimpan 


iii.  dapat masuk ke universiti - ibu bapa tidak mampu membayar yuran universiti 

iv.  menggunakan wang simpanan untuk perbelanjaan di universiti - lulus dengan cemerlang 

v.  mendapat pekerjaan yang baik - jawatan tinggi dengan swasta - masih amalkan tabungan

vi.  duit simpanan telah mencapai RM 500,000.00 . Gunakan untuk 
n membeli rumah batu 
n kenderaan 
n hantar ibu bapa menunaikan haji

vii.  hidup senang-lenang hasil daripada berjimat-cermat dan amalan menabung

Tegaskan tajuk peribahasa - betul kata orang , ‘Sedikit-sedikit , lama-lama jadi bukit’. 




No comments:

Post a Comment