PENGGUNAAN BAHASA ISTANA
Bahasa istana telah digunakan sejak beratus tahun yang lalu. Bahasa ini digunakan dalam kalangan kerabat diraja. Bahasa istana ini digunakan oleh orang-orang istana apabila bercakap tentang hal-ehwal raja. Bahasa istana ini menunjukkan kedudukan raja yang tinggi berbanding dengan rakyat umum.Misalnya, pada Zaman Kerajaan Melaka, orang ramai tidak dibenarkan untuk menyebut perkataan ‘derhaka’. Jika ada yang menyebutnya, dikira sebagai satu kesalahan. Orang tersebut boleh dikenakan hukuman yang berat.
Di Brunei pula, apabila Sultan Hassanal Bolkiah berkata tentang sesuatu kepada rakyatnya, kata-katanya itu disebut sebagai ‘sabdaan’ atau ‘Baginda Sultan telah bersabda’. Hal ini demikian kerana kata-kata Sultan itu dianggap mulia dan bernilai.
Kini, bahasa istana masih digunakan oleh kerabat di raja. Penggunaan bahasa istana ini terbatas dalam kalangan mereka sahaja. Orang ramai dapat melihat penggunaan bahasa istana ini semasa upacara pertabalan, pengkebumian diraja dan sebagainya. Jika adik-adik berminat untuk mempelajari bahasa istana ini, silalah menonton filem-filem Melayu yang berlatar belakangkan istana dan raja.
CONTOH
1- Santap
Makan atau minum (digunakan oleh raja-raja):
Baginda telah bersantap bersama-sama gabenor itu.
menyantap memakan atau meminum:
Baginda sedang menyantap makanan yang disajikan.
santapan = makanan atau minuman;
apa-apa yg disantap.
persantapan = hidangan makanan atau minuman.
3- Iram-iram
Sejenis payung kuning yang bahagian tepinya berlipat-lipat dan terumbai-umbai (untuk raja-raja).
No comments:
Post a Comment