I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday 21 November 2011

        Ejaan yang betul


1- Istirahat Atau Istirehat

Perkataan yang tepat bagi menunjukkan perbuatan berhenti daripada melakukan sesuatu untuk melepaskan penat dan lelah adalah istirahat.

2- Analisis


Apakah perbezaan analisis dan analisa ?

Istilah yang betul ialah analisis.Perkataan analisa ialah ejaan lama.

Analisis bermaksud penyelidikan atau penghuraian sesuatu (spt keadaan, masalah, persoalan, dll) utk mengetahui pelbagai aspeknya (ciri-cirinya dll) secara terperinci atau mendalam.

3- Ais krim

Perkataan ais krim hendaklah dieja terpisah dan tiada tanda sempang.



ais krim - betul
ais-krim - salah
aiskrim - salah


4- Tulen

Sering berlaku kekeliruan dan kesilapan dalam ejaan tulen.Mana satukah ejaan yang betul .Tulin atau tulen.Sebenarnya kedua-duanya mempunyai makna yang sama tetapi ejaan yang betul ialah tulen.

Rujukan : Kamus Dewan Edisi Keempat.

No comments:

Post a Comment