I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday 28 September 2011


              TUGASAN KRT3013 TMK


1.           Tugasan  1C – Pembangunan Blog 30% - Blogger
-      Link blog perlu diletakkan dalamMyGuru
-         Markah akan di beri mengikut perkembangan blog
-         Tarikh akhir 12/Dis/2011

Monday 26 September 2011

                 Bahasa melayu Penulisan 
               (Bahagian A-Membina ayat)


kertas ini mengandungi tiga bahagian, iaitu Bahagian A membabitkan pembinaan ayat,  Bahagian B pula karangan, manakala Bahagian C berkaitan ulasan. Ketiga-tiga bahagian ini mesti dijawab.

( Bahagian A
1.  Untuk bahagian ini, calon diberi masa selama 15 minit untuk
     menjawab  dengan peruntukan 10 markah.

2.  Untuk mendapat markah penuh tidaklah begitu susah kerana  
     calon perlu melakukan empat langkah, iaitu.


a. Langkah pertama

Calon perlu mencari kunci soalan yang terdapat dalam soalan. Kunci soalan dalam Bahagian A ada tiga, iaitu “tentang”, “aktiviti” atau “situasi”.

Kunci soalan juga boleh diperoleh dalam gambar. Contohnya dalam UPSR 2008, terdapat ayat “Cara-Cara Melintas Jalan Raya Dengan Selamat”. Ayat tersebut boleh calon gunakan ketika membina ayat.

Walau apapun kunci soalan yang diberikan dalam peperiksaan tahun ini, calon dinasihatkan agar memulakan ayat dengan subjek (watak).


b. Langkah kedua
Calon hendaklah menyenaraikan semua kata kerja yang terdapat dalam gambar.

Antara caranya ialah dengan membulatkan watak dalam gambar dan tuliskan kata kerja yang berkaitan. Senaraikan seberapa banyak kata kerja yang ada.


c. Langkah ketiga.

Calon mula membina ayat berdasarkan kata kerja yang telah disenaraikan.

Dinasihatkan agar calon membina ayat lebih daripada lapan patah perkataan dan yang paling penting, mulakan ayat dengan subjek (watak).

Selepas subjek, tulis kata kerja yang berkaitan dan akhiri ayat dengan maklumat (di mana, bagaimana, mengapa dan bila).

Contoh:

Watak Kata Kerja Maklumat

Beberapa orang murid - menyertai - pertandingan lukisan

- melukis - sempena Hari Kebangsaan

- mewarna - di dewan

Jawapan contoh: Beberapa orang murid yang menyertai pertandingan lukisan sedang melukis dan mewarna lukisan mereka sempena Hari Kebangsaan di dewan.

Gabungkan beberapa kata kerja yang disenaraikan dalam satu ayat. Contohnya, ayat di atas terdapat tiga kata kerja iaitu menyertai, melukis dan mewarna.

Calon tidak perlu mengulang kata kerja yang sama pada orang yang sama untuk ayat seterusnya. Ini dikatakan sebagai pengulangan ayat.

Pastikan calon membina lima ayat sahaja. Jika ruangan jawapan yang disediakan tidak cukup, mintalah kertas jawapan tambahan daripada pengawas peperiksaan.

Jika tulisan kecil, calon dinasihatkan agar selang satu baris antara ayat yang dibina agar lebih kemas dan teratur.


d. Langkah keempat

Semak ayat yang dibina, pastikan strukturnya betul. Binalah ayat aktif dan elakkan daripada membina ayat pasif.

Semak ejaan agar tidak ada yang salah. Jangan gunakan perkataan yang calon tidak pasti ejaannya. Kesalahan ejaan boleh menjejaskan markah.

Begitu juga dengan kosa kata atau perbendaharaan kata yang digunakan mestilah tepat. Contohnya, antara “memangkas” dengan “mencantas”, dan “membelah” dengan “mengerat”. Maknanya berbeza mengikut keadaan atau konteks ayat.

Jaga-jaga dengan imbuhan yang digunakan kerana kesalahan boleh membawa maksud yang berbeza. Contohnya, “Ayah menjual ikan” dengan “Ayah penjual ikan”. Kedua-dua ayat ini membawa maksud berbeza disebabkan penggunaan imbuhan.

Akhir sekali, calon mesti berhati-hati dengan tanda baca. Pastikan ayat yang dibina bermula dengan huruf besar.

Setiap ayat yang dibina mestilah mempunyai noktah. Jika calon menggunakan nama orang, pastikan perkataan awal huruf besar kerana nama orang adalah nama khas.





Panduan Menjawab
1-Calon akan diberi satu bahan rangsangan yang  mengandungi    pelbagai  situasi atau aktiviti.

2-Bahan rangsangan itu terdiri daripada  bahan rangsangan
   berbentuk  gambar tunggal ,gambar bersiri,graf,carta,jadual,
   iklan,poster,pelan,atau apa-apa bahan rangsangan berbentuk
   pengurusan grafik.

3-Calon dikehendaki membina lima ayat berdasarkan bahan 
    rangsangan yang diberi. Jawapan mesti ditulis dalam lima
    ayat.(satu ayat satu cerita).Setiap ayat dinomborkan daripada
    angka 1 hingga 5 dan bukan ditulis dalam bentuk perenggan.

4-Ayat yang dibina mestilah berkaitan dengan gambar dan isi-
   tidak berulang.Perkataan yang digunakan mesti sesuai dengan
    kata kunci yang terdapat dalam soalan.Pastikan ayat tersebut
    betul dari segi ejaan ,tanda baca,dan imbuhan.

5-Panjang setiap ayat tiada had tetapi calon harus ingat bahawa
    ayat yang panjang dikhuatiri mengandungi banyak kesalahan
    dari segi bahasa hingga merugikan skor markah.

6-Bagi mendapatkan jawapan yang baik,calon mesti membaca
   arahan dan kehendak soalan dengan teliti. Garis kata kunci
  yang terdapat dalam arahan sama ada “aktiviti” atau “situasi”.
   Soalan  berbentuk “aktiviti” mesti ada kata kerja dalam ayat 
   itu.Bagi kata kunci “situasi”calon boleh menggabungkan 
  jawapan berdasarkan aktiviti dan situasi. Bulatkan aktiviti dan 
  situasi yang terdadapat dalam gambar. Kemudian,binalah ayat
  yang lengkap seperti yang telah dicadangkan sebelumnya.

7- Calon diminta memerhatikan perubahan bentuk soalan pepe-
    riksaan Bahagian A UPSR 2008. Calon diminta menulis lima
    ayat yang lengkap berdasarkan empat gambar tentang “cara-
    cara melintas jalan dengan selamat”. Oleh itu,jawapan calon
    mestilah berdasarkan cara melintas jalan dengan selamat,
    sebaiknya kata kunci “selamat” dimuatkan dalam setiap ayat.

8- Masa untuk menjawab soalan ini ialah 15 minit.Oleh 
     itu,setiap penulisan ayat dianggarkan mengambil masa hanya
     3 mini sahaja.

9-Elakkan menulis ayat yang menunjukkan konteks masa seperti
   pada suatu hari atau pada hari Ahad yang lalu.Gantikan frasa
   tersebut dengan frasa yang menunjukkan masa kini:
   Contoh: Semua ahli keluarga Umi sedang bergotong-royong
                   membersihkan kawasan rumah.





Wednesday 21 September 2011

Sajak: Guru Pendidik Mulia.....

Guru pendidik mulia
sudah berabad lalu
bermandi keringat
meniti gigi hari
mendaki puncak tinggi
di merata lurah dan denai
menabur bakti
tanpa mau dipeduli.

Guru pendidik mulia
bukan untuk dipuja
atau di dewa-dewa
siang dan malarnnya
adalah perjuangan jua
rela meluah bahagia
menelan duka nestapa
dengan senyum dan takwa
biarpun sayup di hutan belantara.

Guru pendidik mulia
laksana kuntum kembang mekar
memuncak nama pembela sejahtera
abadi dalam harum nama.

Mutiara Kata



Perkara yang dapat dibuat dan diselesaikan dalam sehari jangan ditangguh sehingga esok.
Orang yang tidak tahu menggunakan masa itu sama seperti orang yang sudah mati.
Masa itu umpama pedang.Jika kamu tidak menggunakannya,ia akan memancung kamu.
Masa yang lepas itu sesungguhnya telah meninggalkan kamu,tetapi masa akan datang sentiasa melawat kamu. Apabila kamu hitungkan apa yang sudah berlalu,biarkanlah,maka wajib atas kamu meghitungkan pula masa yang di hadapan itu pelawat bagi kemajuan dan kebahagiaan.


Bertangguh itu pencuri masa(peribahasa Arab)
Masa itu umpama air pasang surut,tiada siapa yang dapat menahannya.
Masa dihargai,janji ditepati.(pepatah Melayu).
Satu hari bagi orang berilmu lebih baik daripada setahun orang dungu.(Hadis)
Susah payah tidak memperlihatkan apa yang perlu,menghabiskan masa yang tidak perlu.