I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday 11 October 2011

Karangan Perbincangan/Pendapat

Panduan Umum


1-Tergolong dalam karangan tidak berformat.
2-Soalan karangan jenis perbincangan mempunyai kata kunci 
   yang ketara iaitu"Bincangkan","Huraikan",atau
   "Bersetujukah".
3-Kenal pasri kehendak soalan sama ada anda diminta
    membincangkan hujah yang menyokong tajuk atau
    membangkang tajuk atau kedua-duanya seperti dalam 
    karangan yang mempunyai kata kunci "kebaikan dan
    keburukan".
4-Dalam karanganjenis pendapat ,kata kuncinya bermula 
   dengan "Pada pendapat kamu",atau "Pada pandangan 
   kamu". Pendapat bermaksud kesimpulan yang dibuat atau
   sikap dan pendirian anda tentang sesuatu isu yang 
  dikemukakan.
5-Karangan perbincangan dan pendapat memerlukan isi yang
    matang dan mendalam. setiap pendapat atau hujah perlu 
    disokong oleh fakta dan huraian yang bernas untuk 
    meyakinkan pembaca.
6-Karangan jenis ini memerlukan anda menegaskan 
    pendirian yang selari dengan tajuk dalam bahagian
    penutup.




Contoh Karangan Perbincangan/Pendapat



Cara-Cara untuk Cemerlang dalam Pelajaran
     
  Setiap murid mempunyai impian untuk memperoleh kecemerlangan dalam pelajaran. Pencapaian 5A dalam UPSR merupakan puncak kecemerlangan seorang murid tahun enam.Kecemerlangan tidak akan datang menggolek tetapi merupakan hasil ketekunan dan kesungguhan.
        Ketekunan, ketika belajar merupakan kunci pemerolehan keputusan yang cemerlang.Kita mesti memberi perhatian semasa guru mengajar dan mencatat nota penting.Jika kita memberi tumpuan, mudahlah kita memahami dan menguasai pelajaran tersebut.
        Selain itu, kita perlu banyak mengulang kaji pelajaran. Ketika berada di rumah,    kita perlu membaca nota pelajaran yang guru beri. Latih tubi yang kita lakukan akan membantu mendalamkan ingatan kita terhadap sesuatu pelajaran.
        Mengikuti kelas bimbingan merupakan satu cara untuk mengatasi kelemahan kita dalam pelajaran. Kita boleh mengikuti kelas bimbingan yang dianjurkan oleh pihak sekolah atau yang disediakan oleh pihak tuisyan. Impaknya, pemahaman terhadap sesuatu topik yang guru ajar mudah untuk di kuasai.
        Disamping itu, kita juga perlu lebih banyak membuat latihan bagi memperkasa penguasaan terhadap sesuatu pelajaran. Latihan tersebut boleh kita peroleh daripada buku-buku yang ada di pasaran atau melalui penerokaan di internet. Latihan sebegini akan mendedahkan kita kepada item yang seakan-akan dengan soalan peperiksaan.
        Kesimpulannya, kita hendaklah berusaha untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang. Umpama kata pepatah 'Usaha Tangga Kejayaan.'Ibu bapa dan guru-guru pasti berasa gembira dengan kejayaan tersebut.

Soalan Latihan
1-Murid-murid digalakkan membawa bekalan makanan ke sekolah. 
    Bincangkan faedah-faedah membawa  bekalan makanan ke sekolah.
2-Berikan pendapat kamu tentang cara-cara membalas jasa ibu dan bapa.



No comments:

Post a Comment