
1-Lima orang murid dari kelas 6 Cempaka membersihkan kelas secara bersama-sama
agar kelas dalam keadaan bersih sebelum sesi pembelajaran bermula.
2-Nabila menyapu sampah di lantai untuk memastikan tiada sampah dan debu
bertaburan.
3-Zahid menyusun kedudukan meja dan kerusi dalam keadaan terurus agar keadaan kelas nampak teratur.
4-Ah Ling mengelap cermin dengan menggunakan kain basah untuk membuang habuk yang melekat pada cermin.
5-Saipul pula membuang sampah ke dalam bakul sampah, manakala Kelvin memadam tulisan di papan hitam.
* arahan soalan di atas adalah aktiviti berdasarkan gambar. murid dikehendaki
menggunakan kata kerja(perbuatan) berpandukan gambar yang di beri.
perkataan bewarna merah di atas merupakan kata kerja.
Contoh 2
Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi yang terdapat dalam gambar di bawah.
1- Syafiq dan Amirul menuju ke kantin apabila tiba waktu rehat bersama-sama murid yang lain.
2-Syafiq berlari,manakala Amirul berjalan dengan tertib menuju ke kantin.
3-Tiba-tiba Syafiq jatuh tersungkur di tepi longkang.
4-Cikgu Azlan memberikan rawatan kecemasan kepada Syafiq sambil dibantu oleh Amirul.
5-Cikgu Azman menasihati Syafiq supaya tidak berlari apabila hendak menuju ke sesuatu tempat.
* Bagi soalan arahan situasi murid boleh menggabungkan jawapan berdasarkan aktiviti
atau situasi.
LATIHAN 1
Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi yang terdapat dalam gambar di bawah.
1-
2-
3-
4-
5-
(10 markah)
LATIHAN 2
Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar di bawah.
|
No comments:
Post a Comment