I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday 10 October 2011

Karangan Fakta

Panduan Umum


1-Tergolong dalam karangan  tidak berformat.


2-Fahami tajuk karangan .Tentukan sama ada karangan 
   tersebut memerlukan anda menyokong atau 
   membangkang tajuk.


3-Karangan fakta memerlukan isi yang bernas,logik,dan 
    tersusun.Oleh itu,anda mesti banyak membaca dan 
    tahu akan fakta yang perlu ditulis,contohnya tentang
    pencemaran alam di Malaysia.


4-Setiap isi perlu disertakan contoh untuk menyokong
   karangan. Sesungguhnya,karangan jenis ini amat
   menguji pengetahuan am anda tentang sesuatu bidang.


5-Jikalau soalan karangan mempunyai dua bahagian,iaitu 
   kebaikan dan keburukan sesuatu tajuk,maka anda
   mesti menghuraikan kedua-dua bahagian tersebut.




Contoh Karangan


FAEDAH BERJIMAT CERMAT
     
Memang tidak dapat dinafikan bahawa amalan berjimat cermat adalah satu amalan yang mulia dan juga salah satu daripada nilai-nilai murni.Amalan ini perlu dipupuk sejak dari kecil lagi bak kata pepatah 'meluntur buluh biarlah dari rebungnya'.Dengan berjimat cermat,banyak faedah yang kita peroleh dan menguntungkan diri kita.  
 
                Menabung dapat menjimatkan wang ringgit.Hal ini demikian kerana wang yang kita simpan sejak kecil lagi sama ada di dalam tabung atau di dalam bank boleh digunakan untuk masa hadapan.Sifat boros juga harus dijauhi ketika berbelanja kerana amalan ini akan merugikan kita kerana kita membeli barang mengikut kemahuan kita.  
 
                Kita juga perlu menjimatkan elektrik dan air.Elektrik yang dibazirkan boleh menyebebkan berlakunya litar pintas.Jika hal ini berlaku,ia lebih merugikan kita kerana kita perlu membelanjakan ribuan ringgit untuk membaik pulih rumah yang hangus dijilat api.Selain itu,kita juga boleh menghindar diri daripada bersikap negatif seperti memboros.Sesetengah pengguna seringkali bersikap boros kerana mereka anak orang berada.Oleh itu,janganlah kita bersikap sedemikian kerana perkara tersebut tidak mendatangkan sebarang faedah.  
 
                Di samping itu,jika kita sudah berumah tangga ini akan memudahkan kita membiayai kos rumah tangga.Kita juga dapat ibu bapa yang dalam keadaan susah dengan menyumbangkan wang kepada mereka supaya kualiti kehidupan mereka akan terjamin.  
 
         Kita juga dapat menggunakan wang yang kita simpan umtuk memasuki universiti.Ia dapat memudahkan kita untuk menampung kos universiti yang agak tinggi.Kita juga boleh menderma wang kita kepada anak-anak yatim dan orang-orang susah.Dengan melakukan amal ibadah ini, kita juga mendapat pahala serta keberkatan hidup.  
 
         Konklusinya,kita perlulah menyemat amalan berjimat cermat dalam diri kita untuk melicinkan lagi perjalanan hidup kita.Kita janganlah menggunakan wang semata-mata untuk kepuasan diri.Kita perlu ada kesedaran untuk berjimat cermat kerana amalan tersebut merupakan amalan yang mulia.



Soalan Latihan


1-Setiap individu harus mempunyai cita-cita. Huraikan kepentingan memiliki cita-cita dalam
   kehidupan.


2-Penjagaan kesihatan amat penting dalam kehidupan. Tulis sebuah karangan tentang
    perlunya kita menjaga kesihatan diri.



No comments:

Post a Comment