Blog ini saya sajikan untuk semua.Semoga dengan wujudnya bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran di dalam blog ini dapat memberi sedikit panduan yang boleh digunakan khas untuk pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia Tahap Dua. Walaubagaimanapun boleh juga diaplikasikan untuk mata pelajaran lain....Semoga bahan ini boleh membantu....Terima Kasih..
Wednesday, 26 October 2011
Tuesday, 11 October 2011
Karangan Gambaran/Keperihalan
Panduan Umum
1-Tergolong dalam karangan tidak formal.
2-Karangan keperihalan biasanya menceritakan semula sesuatu perkara atau
peristiwa yang telah berlaku sama ada yang pernah dilami,didengar,dilihat, atau dibaca.
3-Pastikan anda mempunyai pengetahuan ,pengalaman sendiri atau pernah melihat
kejadian itu untuk menceritakan peristiwa itu benar-benar berlaku.
4-Susun peristiwa yang berlaku mengikut urutan.
5-Dalam bahagian penutup,cerita hendaklah diselesaikan hingga akhir dan jangan
biarkan cerita itu tergantung.
6-Sebaik-baiknya,bahasa yang digunakan mudah tetapi padat.Kamu boleh memasukkan
unsur kreatif seperti peribahasa,bahasa perbandingan yang mudah seperti simile,
metafora, dan hiperbola.
Contoh Karangan Gambaran/Keperihalan
Kamu baru sahaja berpindah ke sekolah baru. Perihalkan pengalaman kamu pada hari pertama berada di sekolah tersebut.
Papan tanda "Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Uda" kurenung denganpenuh tanda tanya. .Bagaimanakah keadaan sekolah baru ini? Bolehkah aku menyesuaikan diri di sekolah ini?
Aku mengikut langkah ibu ke pejabat sekolah untuk berjumpa dengan Guru Besar. Selesai berurusan, Guru Besar membawa kami ke sebuah bilik darjah yang tertera perkataan Tahun Enam Cerdas. Semua murid berdiri sambil mengucapkan salam. Guru Besar memperkenalkanku kepada guru kelas dan murid-murid di kelas tersebut.
Aku berasa lega apabila rakan-rakan baru kelihatan mesra menerima kehadiranku. Bilik darjah baru ini sungguh ceria dan lengkap dengan peralatan LCD. Guru kelasku, Cik soh Wan Qing kelihatan sungguh baik.
Pada waktu rehat,aku ke kantin. Beberapa orang rakan baruku, iaitu Liza,Sue Ann,dan Puspa mengajak aku duduk bersama mereka untuk menikmati makanan. Keadaan kantin sekolah baru ini lebih besar daripada kantin sekolah lamaku di Melaka.
Selepas makan,Esther Yong dan Koh Jie Wei mengajak aku ke perpustakaan. Mereka amat baik hati kerana sudi membawa aku mengelilingi kawasan sekolah sambil menunjukkan bilik-bilik khas seperti bilik guru,bilik makmal sains,bilik makmal komputer,koperasi sekolah,bilik tayangan, dan sebagainya.
Semasa aku mengelilingi kawasan sekolah,beberapa orang murid menegurku dengan ramah. Ada antara mereka yang bertanyakan namaku dan sebab perpindahanku ke sini.
Loceng waktu akhir berbunyi . aku dan rakan-rakan beratur di luar kelas. Kami mengucapkan terima kasih kepada guru. Aku berasa gembira kerana berpindah ke sekolah baru yang amat sesuai dengan jiwaku.
Soalan Latihan
1-Kamu sekeluarga pergi berkelah di tepi pantai .Gambarkan
keadaan dan suasana di tempat tersebut.
2-Guru kelas kamu telah dimasukkan ke hospital akibat
kemalangan jalan raya.Ceritakan pengalaman kamu dan rakan-rakan
ketika melawat beliau.

Karangan Perbincangan/Pendapat
Panduan Umum
1-Tergolong dalam karangan tidak berformat.
2-Soalan karangan jenis perbincangan mempunyai kata kunci
yang ketara iaitu"Bincangkan","Huraikan",atau
"Bersetujukah".
3-Kenal pasri kehendak soalan sama ada anda diminta
membincangkan hujah yang menyokong tajuk atau
membangkang tajuk atau kedua-duanya seperti dalam
karangan yang mempunyai kata kunci "kebaikan dan
keburukan".
4-Dalam karanganjenis pendapat ,kata kuncinya bermula
dengan "Pada pendapat kamu",atau "Pada pandangan
kamu". Pendapat bermaksud kesimpulan yang dibuat atau
sikap dan pendirian anda tentang sesuatu isu yang
dikemukakan.
5-Karangan perbincangan dan pendapat memerlukan isi yang
matang dan mendalam. setiap pendapat atau hujah perlu
disokong oleh fakta dan huraian yang bernas untuk
meyakinkan pembaca.
6-Karangan jenis ini memerlukan anda menegaskan
pendirian yang selari dengan tajuk dalam bahagian
penutup.
Contoh Karangan Perbincangan/Pendapat
Soalan Latihan
1-Murid-murid digalakkan membawa bekalan makanan ke sekolah.
Bincangkan faedah-faedah membawa bekalan makanan ke sekolah.
2-Berikan pendapat kamu tentang cara-cara membalas jasa ibu dan bapa.

Cara-Cara untuk Cemerlang dalam Pelajaran | |
Ketekunan, ketika belajar merupakan kunci pemerolehan keputusan yang cemerlang.Kita mesti memberi perhatian semasa guru mengajar dan mencatat nota penting.Jika kita memberi tumpuan, mudahlah kita memahami dan menguasai pelajaran tersebut. Selain itu, kita perlu banyak mengulang kaji pelajaran. Ketika berada di rumah, kita perlu membaca nota pelajaran yang guru beri. Latih tubi yang kita lakukan akan membantu mendalamkan ingatan kita terhadap sesuatu pelajaran. Mengikuti kelas bimbingan merupakan satu cara untuk mengatasi kelemahan kita dalam pelajaran. Kita boleh mengikuti kelas bimbingan yang dianjurkan oleh pihak sekolah atau yang disediakan oleh pihak tuisyan. Impaknya, pemahaman terhadap sesuatu topik yang guru ajar mudah untuk di kuasai. Disamping itu, kita juga perlu lebih banyak membuat latihan bagi memperkasa penguasaan terhadap sesuatu pelajaran. Latihan tersebut boleh kita peroleh daripada buku-buku yang ada di pasaran atau melalui penerokaan di internet. Latihan sebegini akan mendedahkan kita kepada item yang seakan-akan dengan soalan peperiksaan. Kesimpulannya, kita hendaklah berusaha untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang. Umpama kata pepatah 'Usaha Tangga Kejayaan.'Ibu bapa dan guru-guru pasti berasa gembira dengan kejayaan tersebut. |
Soalan Latihan
1-Murid-murid digalakkan membawa bekalan makanan ke sekolah.
Bincangkan faedah-faedah membawa bekalan makanan ke sekolah.
2-Berikan pendapat kamu tentang cara-cara membalas jasa ibu dan bapa.
Monday, 10 October 2011
Karangan Fakta
Panduan Umum
1-Tergolong dalam karangan tidak berformat.
2-Fahami tajuk karangan .Tentukan sama ada karangan
tersebut memerlukan anda menyokong atau
membangkang tajuk.
3-Karangan fakta memerlukan isi yang bernas,logik,dan
tersusun.Oleh itu,anda mesti banyak membaca dan
tahu akan fakta yang perlu ditulis,contohnya tentang
pencemaran alam di Malaysia.
4-Setiap isi perlu disertakan contoh untuk menyokong
karangan. Sesungguhnya,karangan jenis ini amat
menguji pengetahuan am anda tentang sesuatu bidang.
5-Jikalau soalan karangan mempunyai dua bahagian,iaitu
kebaikan dan keburukan sesuatu tajuk,maka anda
mesti menghuraikan kedua-dua bahagian tersebut.
Contoh Karangan
FAEDAH BERJIMAT CERMAT
Memang tidak dapat dinafikan bahawa amalan berjimat cermat adalah satu amalan yang mulia dan juga salah satu daripada nilai-nilai murni.Amalan ini perlu dipupuk sejak dari kecil lagi bak kata pepatah 'meluntur buluh biarlah dari rebungnya'.Dengan berjimat cermat,banyak faedah yang kita peroleh dan menguntungkan diri kita.
Menabung dapat menjimatkan wang ringgit.Hal ini demikian kerana wang yang kita simpan sejak kecil lagi sama ada di dalam tabung atau di dalam bank boleh digunakan untuk masa hadapan.Sifat boros juga harus dijauhi ketika berbelanja kerana amalan ini akan merugikan kita kerana kita membeli barang mengikut kemahuan kita.
Kita juga perlu menjimatkan elektrik dan air.Elektrik yang dibazirkan boleh menyebebkan berlakunya litar pintas.Jika hal ini berlaku,ia lebih merugikan kita kerana kita perlu membelanjakan ribuan ringgit untuk membaik pulih rumah yang hangus dijilat api.Selain itu,kita juga boleh menghindar diri daripada bersikap negatif seperti memboros.Sesetengah pengguna seringkali bersikap boros kerana mereka anak orang berada.Oleh itu,janganlah kita bersikap sedemikian kerana perkara tersebut tidak mendatangkan sebarang faedah.
Di samping itu,jika kita sudah berumah tangga ini akan memudahkan kita membiayai kos rumah tangga.Kita juga dapat ibu bapa yang dalam keadaan susah dengan menyumbangkan wang kepada mereka supaya kualiti kehidupan mereka akan terjamin.
Kita juga dapat menggunakan wang yang kita simpan umtuk memasuki universiti.Ia dapat memudahkan kita untuk menampung kos universiti yang agak tinggi.Kita juga boleh menderma wang kita kepada anak-anak yatim dan orang-orang susah.Dengan melakukan amal ibadah ini, kita juga mendapat pahala serta keberkatan hidup.
Konklusinya,kita perlulah menyemat amalan berjimat cermat dalam diri kita untuk melicinkan lagi perjalanan hidup kita.Kita janganlah menggunakan wang semata-mata untuk kepuasan diri.Kita perlu ada kesedaran untuk berjimat cermat kerana amalan tersebut merupakan amalan yang mulia.
Soalan Latihan
1-Setiap individu harus mempunyai cita-cita. Huraikan kepentingan memiliki cita-cita dalam
kehidupan.
2-Penjagaan kesihatan amat penting dalam kehidupan. Tulis sebuah karangan tentang
perlunya kita menjaga kesihatan diri.
1-Tergolong dalam karangan tidak berformat.
2-Fahami tajuk karangan .Tentukan sama ada karangan
tersebut memerlukan anda menyokong atau
membangkang tajuk.
3-Karangan fakta memerlukan isi yang bernas,logik,dan
tersusun.Oleh itu,anda mesti banyak membaca dan
tahu akan fakta yang perlu ditulis,contohnya tentang
pencemaran alam di Malaysia.
4-Setiap isi perlu disertakan contoh untuk menyokong
karangan. Sesungguhnya,karangan jenis ini amat
menguji pengetahuan am anda tentang sesuatu bidang.
5-Jikalau soalan karangan mempunyai dua bahagian,iaitu
kebaikan dan keburukan sesuatu tajuk,maka anda
mesti menghuraikan kedua-dua bahagian tersebut.
Contoh Karangan
FAEDAH BERJIMAT CERMAT
Menabung dapat menjimatkan wang ringgit.Hal ini demikian kerana wang yang kita simpan sejak kecil lagi sama ada di dalam tabung atau di dalam bank boleh digunakan untuk masa hadapan.Sifat boros juga harus dijauhi ketika berbelanja kerana amalan ini akan merugikan kita kerana kita membeli barang mengikut kemahuan kita.
Kita juga perlu menjimatkan elektrik dan air.Elektrik yang dibazirkan boleh menyebebkan berlakunya litar pintas.Jika hal ini berlaku,ia lebih merugikan kita kerana kita perlu membelanjakan ribuan ringgit untuk membaik pulih rumah yang hangus dijilat api.Selain itu,kita juga boleh menghindar diri daripada bersikap negatif seperti memboros.Sesetengah pengguna seringkali bersikap boros kerana mereka anak orang berada.Oleh itu,janganlah kita bersikap sedemikian kerana perkara tersebut tidak mendatangkan sebarang faedah.
Di samping itu,jika kita sudah berumah tangga ini akan memudahkan kita membiayai kos rumah tangga.Kita juga dapat ibu bapa yang dalam keadaan susah dengan menyumbangkan wang kepada mereka supaya kualiti kehidupan mereka akan terjamin.
Kita juga dapat menggunakan wang yang kita simpan umtuk memasuki universiti.Ia dapat memudahkan kita untuk menampung kos universiti yang agak tinggi.Kita juga boleh menderma wang kita kepada anak-anak yatim dan orang-orang susah.Dengan melakukan amal ibadah ini, kita juga mendapat pahala serta keberkatan hidup.
Konklusinya,kita perlulah menyemat amalan berjimat cermat dalam diri kita untuk melicinkan lagi perjalanan hidup kita.Kita janganlah menggunakan wang semata-mata untuk kepuasan diri.Kita perlu ada kesedaran untuk berjimat cermat kerana amalan tersebut merupakan amalan yang mulia.
Soalan Latihan
1-Setiap individu harus mempunyai cita-cita. Huraikan kepentingan memiliki cita-cita dalam
kehidupan.
2-Penjagaan kesihatan amat penting dalam kehidupan. Tulis sebuah karangan tentang
perlunya kita menjaga kesihatan diri.
Penulisan Bahagian B
KARANGAN BAHAGIAN B
Menulis Karangan
Jenis Karangan
Karangan Tidak Karangan Berformat
Berformat 1-Ucapan/Syarahan/ceramah
1-Fakta 2-Perbahasan
2-Perbincangan/pendapat 3-Laporan
3-Tindakan 4-Catatan
4-Gambaran/Keperihalan 5-Berita
5-Autobiografi/Biografi 6-Dialog/wawancara
6-Cerita/Menyambung atau 7-Surat Kiriman Rasmi
melengkapkan karangan 8-Surat Kiriman Tidak Rasmi
7-Peribahasa/cogankata
Panjang Karangan
Tidak Kurang daripada 80
Patah perkataan
Masa markah
40 minit 30 markah
Saturday, 1 October 2011
Contoh Penulisan Bahagian A (Contoh 1)
Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar.
Subscribe to:
Posts (Atom)