I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday 1 December 2011

KARANGAN UCAPAN


1-Karangan jenis ucapan ditulis untuk disampaikan
  dalam majlis yang dihadiri oleh tetamu dan bengantung
  pada majlis yang diadakan.Contohnya dalam majlis hari
  lahir, majlis perpisahan,majlis keraian,majlis
  perhimpunan,dan sebagainya.

2-Teks karangan tersebut disediakan terlebih dahulu
   untuk kelancaran penuturnya dalam menyampaikan
   ucapan bersesuaian dengan perasaan,yang berkaitan
   dengan isi ucapan.

3-Format penulisan ucapan terbahagi kepada tiga
   bahagian ,iaitu:
   a) Pendahuluan ucapan yang merangkumi kata alu-
       aluan kepada hadirin
   b) Isi-isi ucapan yang berkaitan dengan tajuk
   c)Penutup ucapan yang biasanya diselitkan peribahasa
     dan penghargaan,ucapan salam atau penegasan tajuk.

4-Penggunaan bahasa mestilah mudah difahami dan
   bersesuaian dengan tajuk. Jangan sekali-kali
   menggunakan perkataan yang tidak tertib.

CONTOH KARANGAN UCAPAN


Berikut contoh karangan ucapan sempena Hari Guru.

      Salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Guru Besar,Guru Penolong Kanan,guru-guru dan rakan sekalian.Saya sebagai wakil murid,ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Guru kepada semua guru  di sekolah ini.

Hadirin  sekalian,
     Tarikh 16 Mei setiap tahun telah dipilih sebagai Hari Guru. Hari ini merupakan hari  yang amat sesuai untuk kita mengadakan sambutan bagi mengenang dan menghargai jasa guru.Oleh itu marilah kita menghargai jasa guru.

Rakan-rakan  sekalian,
     Guru ialah insan yang mendidik,mengasuh dan membimbing kita hingga kita dapat mencapai kejayaan.Kesungguhan mereka mendidik kita amatlah besar nilainya dan wajar dikenang sepanjang hayat.Mereka tidak pernah jemu mengajar kita supaya kita dapat mengenal huruf ,membaca dan mengira. 
     Guru juga adalah  ibu bapa kita di sekolah.Oleh itu,kita mestilah menghormati guru.Segala nasihat  guru mestilah kita dengar dan patuhi.Jangan sesekali kita abaikan segala nasihat mereka. 

Rakan sekalian,
      Guru adalah orang yang sering memberi semangat kepada kita untuk rajin belajar.Mereka sedia  mendengar  segala masalah yang kita tidak fahami dalam pelajaran.Oleh itu guru adalah pendidik yang sangat berdedikasi semasa mengajar kita di sekolah.

     Sesungguhnya jasa guru tidak ternilai harganya.Guru ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain.Wahai para guru yang kami sayangi,jutaan terima kasih kami ucapkan kerana tidak pernah jemu mendidik kami dengan sabar . 

 Sekian , terima kasih.



1 comment:

  1. best karangan ni..thanks sbb buat blog untuk karangan ini.... ^_^

    ReplyDelete