Latihan
Peranan Ibu Bapa Dalam Memupuk Amalan Membaca Dalam Kalangan Anak-Anak.
Lengkapkan tempat kosong dalam karangan di bawah.
Amalan ____________(1) merupakan satu amalan yang mulia. Membaca amat penting dalam membentuk masyarakat berilmu. Setiap anggota masyarakat harus menjadikan membaca sebagai satu amalan. Dalam hal ini, ibu bapa perlu berusaha untuk _______________(2) keluarga berilmu dengan menyemai minat membaca dalam kalangan anak-anak.
Salah satu usaha yang boleh diambil oleh ibu bapa dalam memupuk minat membaca dalam diri anak-anak adalah dengan membawa anak-anak ke ________________(3). Amalan ke perpustakaan akan menanam perasaan cinta dan sayang akan buku. Sebagai contoh, _______________(4)boleh membawa anak-anak mereka ke perpustakaan awam pada setiap hujung minggu atau semasa cuti sekolah. Di sini, anak-anak boleh memilih pelbagai buku yang digemari. Lantas, anak-anak akan gemar membaca buku seumur hidup.
Selain itu, ibu bapa boleh mewujudkan perpustakaan _________(5) di rumah. Perpustakaan ini dapat dijadikan tempat ____________(6)buku dan majalah. Malahan, boleh dijadikan tempat anak-anak membaca dan belajar. Perpustakaan mini di rumah mestilah dilengkapi dengan buku-buku yang bersesuaian dapat menarik minat anak-anak untuk membaca. Sebagai contoh, majalah, buku cerita dan surat khabar. Ruang perpustakaan ini juga mestilah dalam keadaan___________(7). Lantaran itu, ibu bapalah memainkan peranan yang sangat penting dalam mendidik anak-anak mereka agar gemar membaca buku ketika berada di rumah..
Di samping itu juga, ibu bapa perlulah menunjukkan__________(8) teladan yang baik untuk dicontohi oleh anak-anak mereka.Tidak dapat dinafikan, contoh teladan yang baik dari ibu bapa mempengaruhi jiwa dan minda anak-anak. Sebagai contoh, sikap gemar____________(9) suratkhabar, majalah, buku dan sebagainya patutlah diamalkan oleh ibu bapa dalam mengisi ________(10) lapang. Lama-kelamaan, tabiat ini akan menjadi ikutan anak-anak. Bak kata peribahasa Melayu ‘___________ (11)acuan, begitulah kuihnya’. Oleh itu, jelaslah bahawa ibu bapa perlu menunjukkan contoh terbaik untuk dicontohi anak-anak.
Tambahan pula, ibu bapa boleh __________(12)anak-anak ke pameran buku. Sehubungan dengan itu, ibu bapa juga boleh membawa anak-anak mengunjungi kedai buku ketika _________(13) ke pusat beli-belah. Dengan mengunjungi tempat-tempat tersebut, minat mereka untuk membaca akan dapat ditingkatkan, Di samping itu, mereka akan dapat _____________(14)cara memilih bahan-bahan bacaan yang sesuai. Bahan bacaan yang dijual adalah berkualiti. Harganya pula adalah berpatutan. Natijahnya, ibu bapa yang membawa anak-anak ke pameran buku atau kedai bukusebenarnya membawa kepada mewujudkan ________(15) suka membaca dalam kalangan ahli keluarganya.
Seterusnya, ibu bapa juga boleh_______________(16) buku kepada anak-anak. Ibu bapa perlu memberikan hadiah atau ganjaran kepada anak-anak apabila anak-anak berjaya dalam peperiksaan dan sempena hari kelahiran. Anak-anak akan berasa ____________(17) kerana kejayaannya dihargai oleh keluarga mereka. Hadiah berbentuk buku lebih sesuai untuk anak-anak. Ibu bapa boleh membelikan buku berbentuk pelajaran, novel ataupun komik mengikut kesesuaian umur. Amalan ini sepatutnya _____________(18)sejak kecil lagi dalam kalangan anak-anak. Bersesuaian dengan peribahasa Melayu, ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’.
Kesimpulannya, terdapat beberapa peranan ibu bapa dalam usaha untuk memupuk minat membaca dalam kalangan anak-anak kerana membaca ___________ (19) ilmu. Oleh itu,anak-anak yang rajin membaca akan menjadi pandai dan bakal pemimpin pada masa akan datang.
Jawapan
- Membaca
- mewujudkan
- perpustakaan
- ibu bapa
- mini
- menyimpan
- selesa
- contoh
- membaca
- masa
- bagaimana
- membawa
- pergi
- mempelajari
- budaya
- menghadiahkan
- seronok
- diterapkan
- jambatan
No comments:
Post a Comment