I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday 11 October 2011

Karangan Gambaran/Keperihalan

Panduan Umum


1-Tergolong dalam karangan tidak formal.
2-Karangan keperihalan biasanya menceritakan semula sesuatu perkara atau 
    peristiwa yang telah berlaku sama ada yang pernah dilami,didengar,dilihat, atau dibaca.
3-Pastikan anda mempunyai pengetahuan ,pengalaman sendiri atau pernah melihat 
    kejadian itu  untuk menceritakan peristiwa itu benar-benar berlaku.
4-Susun peristiwa yang berlaku mengikut urutan.
5-Dalam bahagian penutup,cerita hendaklah diselesaikan hingga akhir dan jangan 
   biarkan cerita itu tergantung.
6-Sebaik-baiknya,bahasa yang digunakan mudah tetapi padat.Kamu boleh memasukkan
   unsur kreatif seperti peribahasa,bahasa perbandingan yang mudah seperti simile,
    metafora, dan hiperbola.


Contoh Karangan  Gambaran/Keperihalan
Kamu baru sahaja berpindah ke sekolah baru. Perihalkan  pengalaman kamu pada hari pertama berada di sekolah tersebut.


        Papan tanda "Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Uda" kurenung denganpenuh tanda tanya. .Bagaimanakah keadaan sekolah baru ini? Bolehkah aku menyesuaikan diri di sekolah ini?
       Aku mengikut langkah ibu ke pejabat sekolah untuk berjumpa dengan Guru Besar. Selesai berurusan, Guru Besar membawa kami ke sebuah bilik darjah yang tertera perkataan Tahun Enam Cerdas. Semua murid berdiri sambil mengucapkan salam. Guru Besar memperkenalkanku kepada guru kelas dan murid-murid di kelas tersebut.
     Aku berasa lega apabila rakan-rakan baru kelihatan mesra menerima kehadiranku. Bilik darjah baru ini sungguh ceria dan lengkap dengan peralatan LCD. Guru kelasku, Cik soh Wan Qing kelihatan sungguh baik.
     Pada waktu rehat,aku ke kantin. Beberapa orang rakan baruku, iaitu Liza,Sue Ann,dan Puspa mengajak aku duduk bersama mereka untuk menikmati makanan. Keadaan kantin sekolah baru ini lebih besar daripada kantin sekolah lamaku di Melaka.
     Selepas makan,Esther Yong dan Koh Jie Wei mengajak aku ke perpustakaan. Mereka amat baik hati kerana sudi membawa aku mengelilingi kawasan sekolah sambil menunjukkan bilik-bilik khas seperti bilik guru,bilik makmal sains,bilik makmal komputer,koperasi sekolah,bilik tayangan, dan sebagainya.
     Semasa aku mengelilingi kawasan sekolah,beberapa orang murid menegurku dengan ramah. Ada antara mereka yang bertanyakan namaku dan sebab perpindahanku ke sini.
     Loceng waktu akhir berbunyi . aku dan rakan-rakan beratur di luar kelas. Kami mengucapkan terima kasih kepada guru. Aku berasa gembira kerana berpindah ke sekolah baru yang amat sesuai dengan jiwaku.


Soalan Latihan
1-Kamu sekeluarga pergi berkelah di tepi pantai .Gambarkan 
   keadaan dan suasana  di tempat tersebut.


2-Guru kelas kamu telah dimasukkan ke hospital akibat 
    kemalangan jalan raya.Ceritakan pengalaman kamu dan rakan-rakan
    ketika melawat beliau.











2 comments:

  1. Memang manfaat untuk bahan bacaan saya... sebab saya nanti perlu hadapi penilian pertama.. Nervous !!

    ReplyDelete