I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday 2 March 2012

MAKLUMAT PPG /PJJ KOHORT 1
KBK3073 - Kanak-kanak Berkeperluan Khas
KATEGORI TUGASAN

BAHAGIAN A Esei

(TUGASAN INDIVIDU)

Tugasan 1:
Huraikan etiologi, definisi, punca-punca kecacatan, ciri-ciri perkembangan fizikal, kognitif dan sosial serta langkah pencegahan bagi salah satu kategori kanak-kanak berkeperluan khas berikut:

a. Terencat Akal
b. Bermasalah Pendengaran
c. Autisme
d. Bermasalah Penglihatan
e. Disleksia
f. Palsi Cerebral
g. Hiperaktif
h. Sindrom Down
i. Spina Bifida
j. Epilepsi (sawan)
k. Masalah Emosi dan Tingkah laku
l. Pintar Cerdas

20 markah 
tarikh akhir 2 Mei 2012

Tugasan 2:

Pendidikan Khas di Malaysia terdiri daripada; (a) Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran (KKBP) yang terdiri daripada pelbagai kategori seperti Sindrom Down, Perkembangan Lewat, Autisme, Hiperaktif, Palsi Cerebral, Epilepsi, Masalah Emosi dan Masalah Pertuturan,(b) Kanak-kanak Bermasalah Penglihatan dan (c) Kanak-kanak Bermasalah Pendengaran. Berdasarkan pemerhatian dan pembacaan anda pilih DUA (2) kategori kanak-kanak 
berkeperluan khas dan huraikan aspek-aspek berikut: 

(a) Jenis keperluan khas (kecacatan) utama kes yang diperhatikan 
(b) Masalah-masalah sampingan.
(c) Pakar-pakar yang perlu dilibatkan
(d) Pelan tindakan bagaimana anda akan membantu mendidik kanak-kanak berkeperluan berkenaan.

20 markah 
tarikh akhir 2 Mei 2012

BAHAGIAN B
(E-FORUM) Terdapat 4 soalan untuk dibincangkan secara on-line menerusi laman MyGuru3:

1. Sebagai seorang guru, nyatakan pengalaman anda dalam mengenalpasti kanak-kanak yang berkemungkinan menghadapi masalah dalam pembelajaran. 

5 markah tarikh akhir 12 mac 2012

2. Perlukah murid berkeperluan khas belajar bersama-sama dengan rakan arus perdana di dalam bilik darjah biasa (inklusif)? 

5 markah tarikh akhir 1 April 2012

3. Pencegahan lebih baik daripada mengubati. Bincangkan dalam konteks punca berlaku kecacatan dan langkah-langkah pencegahan.

5 markah tarikh akhir 16 April 2012

4. Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997 menyatakan guru-guru boleh mengubah suai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran (P&P), masa bagi aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas. Hujahkan.

5 markah tarikh akhir 13 Mei 2012

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

KAE3013 - Ekspresi Kreativiti Kanak-kanak

Monday, February 27, 2012 - Permanent 
Panduan Kerja Kursus KAE3013 Ekspresi Kreativiti Kanak-kanak PJJ Semester 2 Sesi 2011/2012 (A112 PJJ) 

PECAHAN TUGASAN SOALAN

TUGASAN INDIVIDU 1

Pilih satu bidang seni kreatif berikut: 
• Seni lukis
• Kraftangan
• Drama
• Muzik
• Tarian
Huraikan secara terperinci bagaimana bidang seni kreatif ini dapat menyumbang kepada perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak serta meningkatkan kesedaran terhadap kepelbagaian budaya di Malaysia.
20 markah 
Tarikh akhir 4hb Mei 2012(Minggu ke-10)

TUGASAN INDIVIDU 2

Berikut adalah beberapa senario yang terdapat di sekolah:
• Sambutan Hari Guru
• Sambutan Hari Kemerdekaan
• Majlis Perasmian yang dihadiri oleh orang kenamaan
• Hari Penyampaian Hadiah

Berdasarkan mana-mana satu senario di atas, sebagai guru yang bertanggungjawab menguruskan persembahan atau pameran, rancang DUA (2) aktiviti kreatif untuk sambutan/majlis tersebut. Perancangan anda perlu mengandungi perkara-perkara berikut;
•Tema 
•Tajuk aktiviti
•Rasional aktiviti
•Bilangan murid/pelajar yang terlibat
•Durasi aktiviti 
•Peralatan/bahan-bahan/skrip/kostum/set-props/muzik/lirik dan lain-lain yang perlu disediakan
•Langkah-langkah perlaksanaan
•Bincangkan unsur-unsur kreativiti dan nilai-nilai murni yang dapat dikembangkan dalam aktiviti tersebut.
20 markah 
Tarikh Akhir4hb Mei 2012(Minggu ke-10)

E-FORUM 
4 (EMPAT) soalan forum disediakan untuk dibincang secara on-line menerusi laman MyGuru3.

Forum 1 Kreativiti kanak-kanak adalah semula jadi atau boleh dipelajari. Bincangkan.
5 markah Tarikh akhir(Minggu ke-4)(16 March 2012)

Forum 2 Imaginasi: Kesan positif dan negatif. Bincangkan. 
5 markah Tarikh akhir Minggu 6 (30 March 2012)

Forum 3 Kanak-kanak yang kreatif adalah kanak-kanak yang pandai menyelesaikan masalah. 
Adakah anda setuju dengan kenyataan ini. 
5 markah Tarikh Akhir Minggu 8 (20 April 2012)

Forum 4 Bagaimana kreativiti kanak-kanak boleh dinilai dan digredkan? 
5 markah Tarikh Akhir Minggu 10 (4 Mei 2012) 



........................................................................................

TARIKH HANTAR TUGASAN INDIVIDU 1 & 2 
Tugasan Individu 1 dan Tugasan Individu 2 perlu dihantar sebelum "4 Mei 2012 Minggu ke 10" di tapak yang disediakan.

........................................................................................

RESPON FORUM 
(1) Pelajar mesti memberi respon kepada soalan forum yang diberikan. Jawapan bagi setiap soalan ialah lebih kurang 150 patah perkataan.
(2) Pelajar mesti memberi respon sebanyak 4 kali bagi mana-mana jawapan yang dikemukan oleh mana-mana rakan pelajar yang lain dalam group. 

No comments:

Post a Comment