I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday 11 October 2011

Karangan Gambaran/Keperihalan

Panduan Umum


1-Tergolong dalam karangan tidak formal.
2-Karangan keperihalan biasanya menceritakan semula sesuatu perkara atau 
    peristiwa yang telah berlaku sama ada yang pernah dilami,didengar,dilihat, atau dibaca.
3-Pastikan anda mempunyai pengetahuan ,pengalaman sendiri atau pernah melihat 
    kejadian itu  untuk menceritakan peristiwa itu benar-benar berlaku.
4-Susun peristiwa yang berlaku mengikut urutan.
5-Dalam bahagian penutup,cerita hendaklah diselesaikan hingga akhir dan jangan 
   biarkan cerita itu tergantung.
6-Sebaik-baiknya,bahasa yang digunakan mudah tetapi padat.Kamu boleh memasukkan
   unsur kreatif seperti peribahasa,bahasa perbandingan yang mudah seperti simile,
    metafora, dan hiperbola.


Contoh Karangan  Gambaran/Keperihalan
Kamu baru sahaja berpindah ke sekolah baru. Perihalkan  pengalaman kamu pada hari pertama berada di sekolah tersebut.


        Papan tanda "Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Uda" kurenung denganpenuh tanda tanya. .Bagaimanakah keadaan sekolah baru ini? Bolehkah aku menyesuaikan diri di sekolah ini?
       Aku mengikut langkah ibu ke pejabat sekolah untuk berjumpa dengan Guru Besar. Selesai berurusan, Guru Besar membawa kami ke sebuah bilik darjah yang tertera perkataan Tahun Enam Cerdas. Semua murid berdiri sambil mengucapkan salam. Guru Besar memperkenalkanku kepada guru kelas dan murid-murid di kelas tersebut.
     Aku berasa lega apabila rakan-rakan baru kelihatan mesra menerima kehadiranku. Bilik darjah baru ini sungguh ceria dan lengkap dengan peralatan LCD. Guru kelasku, Cik soh Wan Qing kelihatan sungguh baik.
     Pada waktu rehat,aku ke kantin. Beberapa orang rakan baruku, iaitu Liza,Sue Ann,dan Puspa mengajak aku duduk bersama mereka untuk menikmati makanan. Keadaan kantin sekolah baru ini lebih besar daripada kantin sekolah lamaku di Melaka.
     Selepas makan,Esther Yong dan Koh Jie Wei mengajak aku ke perpustakaan. Mereka amat baik hati kerana sudi membawa aku mengelilingi kawasan sekolah sambil menunjukkan bilik-bilik khas seperti bilik guru,bilik makmal sains,bilik makmal komputer,koperasi sekolah,bilik tayangan, dan sebagainya.
     Semasa aku mengelilingi kawasan sekolah,beberapa orang murid menegurku dengan ramah. Ada antara mereka yang bertanyakan namaku dan sebab perpindahanku ke sini.
     Loceng waktu akhir berbunyi . aku dan rakan-rakan beratur di luar kelas. Kami mengucapkan terima kasih kepada guru. Aku berasa gembira kerana berpindah ke sekolah baru yang amat sesuai dengan jiwaku.


Soalan Latihan
1-Kamu sekeluarga pergi berkelah di tepi pantai .Gambarkan 
   keadaan dan suasana  di tempat tersebut.


2-Guru kelas kamu telah dimasukkan ke hospital akibat 
    kemalangan jalan raya.Ceritakan pengalaman kamu dan rakan-rakan
    ketika melawat beliau.











Karangan Perbincangan/Pendapat

Panduan Umum


1-Tergolong dalam karangan tidak berformat.
2-Soalan karangan jenis perbincangan mempunyai kata kunci 
   yang ketara iaitu"Bincangkan","Huraikan",atau
   "Bersetujukah".
3-Kenal pasri kehendak soalan sama ada anda diminta
    membincangkan hujah yang menyokong tajuk atau
    membangkang tajuk atau kedua-duanya seperti dalam 
    karangan yang mempunyai kata kunci "kebaikan dan
    keburukan".
4-Dalam karanganjenis pendapat ,kata kuncinya bermula 
   dengan "Pada pendapat kamu",atau "Pada pandangan 
   kamu". Pendapat bermaksud kesimpulan yang dibuat atau
   sikap dan pendirian anda tentang sesuatu isu yang 
  dikemukakan.
5-Karangan perbincangan dan pendapat memerlukan isi yang
    matang dan mendalam. setiap pendapat atau hujah perlu 
    disokong oleh fakta dan huraian yang bernas untuk 
    meyakinkan pembaca.
6-Karangan jenis ini memerlukan anda menegaskan 
    pendirian yang selari dengan tajuk dalam bahagian
    penutup.




Contoh Karangan Perbincangan/Pendapat



Cara-Cara untuk Cemerlang dalam Pelajaran
     
  Setiap murid mempunyai impian untuk memperoleh kecemerlangan dalam pelajaran. Pencapaian 5A dalam UPSR merupakan puncak kecemerlangan seorang murid tahun enam.Kecemerlangan tidak akan datang menggolek tetapi merupakan hasil ketekunan dan kesungguhan.
        Ketekunan, ketika belajar merupakan kunci pemerolehan keputusan yang cemerlang.Kita mesti memberi perhatian semasa guru mengajar dan mencatat nota penting.Jika kita memberi tumpuan, mudahlah kita memahami dan menguasai pelajaran tersebut.
        Selain itu, kita perlu banyak mengulang kaji pelajaran. Ketika berada di rumah,    kita perlu membaca nota pelajaran yang guru beri. Latih tubi yang kita lakukan akan membantu mendalamkan ingatan kita terhadap sesuatu pelajaran.
        Mengikuti kelas bimbingan merupakan satu cara untuk mengatasi kelemahan kita dalam pelajaran. Kita boleh mengikuti kelas bimbingan yang dianjurkan oleh pihak sekolah atau yang disediakan oleh pihak tuisyan. Impaknya, pemahaman terhadap sesuatu topik yang guru ajar mudah untuk di kuasai.
        Disamping itu, kita juga perlu lebih banyak membuat latihan bagi memperkasa penguasaan terhadap sesuatu pelajaran. Latihan tersebut boleh kita peroleh daripada buku-buku yang ada di pasaran atau melalui penerokaan di internet. Latihan sebegini akan mendedahkan kita kepada item yang seakan-akan dengan soalan peperiksaan.
        Kesimpulannya, kita hendaklah berusaha untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang. Umpama kata pepatah 'Usaha Tangga Kejayaan.'Ibu bapa dan guru-guru pasti berasa gembira dengan kejayaan tersebut.

Soalan Latihan
1-Murid-murid digalakkan membawa bekalan makanan ke sekolah. 
    Bincangkan faedah-faedah membawa  bekalan makanan ke sekolah.
2-Berikan pendapat kamu tentang cara-cara membalas jasa ibu dan bapa.



Monday 10 October 2011

Karangan Fakta

Panduan Umum


1-Tergolong dalam karangan  tidak berformat.


2-Fahami tajuk karangan .Tentukan sama ada karangan 
   tersebut memerlukan anda menyokong atau 
   membangkang tajuk.


3-Karangan fakta memerlukan isi yang bernas,logik,dan 
    tersusun.Oleh itu,anda mesti banyak membaca dan 
    tahu akan fakta yang perlu ditulis,contohnya tentang
    pencemaran alam di Malaysia.


4-Setiap isi perlu disertakan contoh untuk menyokong
   karangan. Sesungguhnya,karangan jenis ini amat
   menguji pengetahuan am anda tentang sesuatu bidang.


5-Jikalau soalan karangan mempunyai dua bahagian,iaitu 
   kebaikan dan keburukan sesuatu tajuk,maka anda
   mesti menghuraikan kedua-dua bahagian tersebut.




Contoh Karangan


FAEDAH BERJIMAT CERMAT
     
Memang tidak dapat dinafikan bahawa amalan berjimat cermat adalah satu amalan yang mulia dan juga salah satu daripada nilai-nilai murni.Amalan ini perlu dipupuk sejak dari kecil lagi bak kata pepatah 'meluntur buluh biarlah dari rebungnya'.Dengan berjimat cermat,banyak faedah yang kita peroleh dan menguntungkan diri kita.  
 
                Menabung dapat menjimatkan wang ringgit.Hal ini demikian kerana wang yang kita simpan sejak kecil lagi sama ada di dalam tabung atau di dalam bank boleh digunakan untuk masa hadapan.Sifat boros juga harus dijauhi ketika berbelanja kerana amalan ini akan merugikan kita kerana kita membeli barang mengikut kemahuan kita.  
 
                Kita juga perlu menjimatkan elektrik dan air.Elektrik yang dibazirkan boleh menyebebkan berlakunya litar pintas.Jika hal ini berlaku,ia lebih merugikan kita kerana kita perlu membelanjakan ribuan ringgit untuk membaik pulih rumah yang hangus dijilat api.Selain itu,kita juga boleh menghindar diri daripada bersikap negatif seperti memboros.Sesetengah pengguna seringkali bersikap boros kerana mereka anak orang berada.Oleh itu,janganlah kita bersikap sedemikian kerana perkara tersebut tidak mendatangkan sebarang faedah.  
 
                Di samping itu,jika kita sudah berumah tangga ini akan memudahkan kita membiayai kos rumah tangga.Kita juga dapat ibu bapa yang dalam keadaan susah dengan menyumbangkan wang kepada mereka supaya kualiti kehidupan mereka akan terjamin.  
 
         Kita juga dapat menggunakan wang yang kita simpan umtuk memasuki universiti.Ia dapat memudahkan kita untuk menampung kos universiti yang agak tinggi.Kita juga boleh menderma wang kita kepada anak-anak yatim dan orang-orang susah.Dengan melakukan amal ibadah ini, kita juga mendapat pahala serta keberkatan hidup.  
 
         Konklusinya,kita perlulah menyemat amalan berjimat cermat dalam diri kita untuk melicinkan lagi perjalanan hidup kita.Kita janganlah menggunakan wang semata-mata untuk kepuasan diri.Kita perlu ada kesedaran untuk berjimat cermat kerana amalan tersebut merupakan amalan yang mulia.



Soalan Latihan


1-Setiap individu harus mempunyai cita-cita. Huraikan kepentingan memiliki cita-cita dalam
   kehidupan.


2-Penjagaan kesihatan amat penting dalam kehidupan. Tulis sebuah karangan tentang
    perlunya kita menjaga kesihatan diri.



Penulisan Bahagian B

KARANGAN BAHAGIAN B
Menulis Karangan
Jenis Karangan

Karangan Tidak                                    Karangan Berformat
Berformat                                             1-Ucapan/Syarahan/ceramah
1-Fakta                                                  2-Perbahasan
2-Perbincangan/pendapat           3-Laporan
3-Tindakan                                         4-Catatan
4-Gambaran/Keperihalan           5-Berita
5-Autobiografi/Biografi                6-Dialog/wawancara          
6-Cerita/Menyambung atau        7-Surat Kiriman Rasmi
   melengkapkan karangan           8-Surat Kiriman Tidak Rasmi
7-Peribahasa/cogankata
                                            
                                                   Panjang Karangan
                                             Tidak Kurang daripada 80
                                              Patah perkataan
  Masa                                                                                   markah
40 minit                                                                             30 markah

Saturday 1 October 2011

Contoh Penulisan Bahagian A (Contoh 1)

  Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar.


1-Lima orang murid dari kelas 6 Cempaka membersihkan kelas secara bersama-sama     
   agar kelas dalam keadaan bersih sebelum sesi pembelajaran bermula.

2-Nabila menyapu sampah di lantai untuk memastikan tiada sampah dan debu 
   bertaburan.

3-Zahid menyusun  kedudukan meja dan kerusi dalam keadaan terurus agar keadaan 
    kelas nampak teratur.

4-Ah Ling mengelap cermin dengan menggunakan kain basah untuk membuang habuk 
    yang melekat pada cermin.

5-Saipul pula membuang sampah ke dalam bakul sampah, manakala Kelvin memadam 
    tulisan di papan hitam.




* arahan soalan di atas adalah aktiviti berdasarkan gambar. murid dikehendaki
  menggunakan kata kerja(perbuatan) berpandukan gambar yang di beri.
  perkataan bewarna merah di atas merupakan kata kerja.




Contoh 2
Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi yang terdapat dalam gambar di bawah.


1- Syafiq dan Amirul menuju ke kantin apabila tiba waktu rehat bersama-sama murid yang lain.

2-Syafiq berlari,manakala Amirul berjalan dengan tertib menuju ke kantin.

3-Tiba-tiba Syafiq jatuh tersungkur di tepi longkang.

4-Cikgu Azlan memberikan rawatan kecemasan kepada Syafiq sambil dibantu oleh Amirul.

5-Cikgu Azman menasihati Syafiq supaya tidak berlari apabila hendak menuju ke sesuatu tempat.

* Bagi soalan arahan situasi murid boleh menggabungkan jawapan berdasarkan aktiviti 
  atau situasi.


LATIHAN 1


Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi yang terdapat dalam gambar di bawah.


1-

2-

3-

4-

5-

                                                                                                            (10 markah)


LATIHAN 2

Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar di bawah.



1-

2-

3-

4-

5-

                                                                                                           (10 markah)


                                 Selamat Mencuba